Drama Ainur Mardhiyah [Slot Azalea TV9]

In Terkini 116 views



DRAMA : AINUR MARDHIYAH

EPISOD : 20
BERMULA : 22 November 2016
MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SLOT : Slot Azalea TV9 & TV3
IDEA ASAL : Nhazz Ayunie
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Sura Sojangi, Zahiril Adzim, Khaty Azean, Niezam Zaidi, Fara Mendoza, Neera Azizi, Rahim Kidol, Delimawati, Bella Nazari, Ahya Rosli, Zarynn Zarynn, Ramli Salleh, Islah Abdul, Fatihah Baharum, Siti Ruwivani
LAGU TEMA / OST AINUR MARDHIYAH
Andai Ku Bisa – Iskandar
Biar – Najwa Latif
Luar Biasa – Diana Danielle
Menatap Dalam Mimpi – Dato Siti Nurhaliza
SINOPSIS DRAMA AINUR MARDHIYAH
Mengisahkah Ainur Mardhiyah (Dhiya), seorang anak luar nikah yg lahir selepas ibunya diperkosa. Selepas dilahirkan ibunya Mar meninggalkan Dhiya kpd orang tuanya dan dia tak diakui sbg anaknya sendiri. Mar merantau ke Kuala Lumpur bg memulakan kehidupan baru dan membuka perniagaan butik. Sejak itu, dia tak lagi pulang ke kampung. Dhiya yg dibesarkan oleh datuk dan neneknya mempunyai dua sahabat baik iaitu Saiful dan Kiflie yg masing-masing menunggu keputusan masuk ke universiti. Dalam diam, Saiful menaruh hati terhadap Dhiya. Namun hubungan mereka tak disenangi Maya yg turut menaruh hati pd Saiful. Maya kemudian menghasut ketua kampung dan isterinya Che Yam utk membenci Dhiya. Maya dan ayahnya Malim, punya agenda tersendiri terhadap keluarga Saiful yg banyak harta dan tanah itu.Malang tak berbau, selepas taman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), nenek dan datuk Dhiya terlibat dlm satu kemalangan dan Dhiya tinggal bersendirian. Keadaan menjadi lebih rumit apabila datuk dan nenek Dhiya meninggal dunia akibat kemalangan. Segala harta diwariskan kpd Dhiya dibolot Mar. Sedikit pun tak dipedulikan akan nasib Dhiya. Selepas itu, Dhiya nekad utk berhijrah ke Kuala Lumpur utk menyambung pelajarannya di menara gading. Tanpa memberitahu sesiapa di kampung termasuk sahabat-sahabat baiknya, Dhiya pindah.Untuk meneruskan kehidupan, Dhiya terpaksa bekerja separuh masa. Hidupnya sangat sukar dan dia terpaksa menjadi orang yg tabah utk mengharungi kehidupannya seorang di bandar. Pada suatu hari, Dhiya dilanggar oleh sebuah kereta yg dipandu oleh Aina. Aina membawa Dhiya ke klinik utk dirawat. Mereka berbual dan menjadi semakin rapat apabila mengetahui tempat mereka belajar adalah sama.Aina mengetahui tentang kesusahan Dhiya dan menawarkannya utk bekerja di butik pakaian milik ibunya. Dhiya sangat bersyukur kerana boleh mencari rezeki utk meneruskan kehidupannya. Sekali lagi, dugaan menimpa Dhiya. Dia disabotaj oleh Kak Lin, pekerja di butik ibu Aina. Pelbagai tomahan dan cabaran sepanjang dia bekerja di situ.Dhiya terkejut apabila pertama kali berjumpa dgn ibu Aina, Ainul Mardhihah (Mar) yg sebenarnya merupakan ibu kandungnya. Mar termakan hasutan pekerjanya dan tak mempunyai tanggapan baik terhadap Dhiya.Dhiya juga bertemu semula dgn Saiful dan Kiflie. Saiful cuba yakinkan Dhiya akan perasaannya. Aina pula menaruh hati pd Kiflie dlm diam. Namun, dia rasa cemburu akan hubungan rapat Kiflie dan Dhiya. Akhirnya, dia malu sendiri bila tahu hakikat sebenarnya. Mulai saat itu, mereka berempat jadi rapat dan bekerjasama dlm beberapa projek.Selepas mengharungi pelbagai cabaran hidup, berjayakah Dhiya bersatu dgn ibunya? Bagaimana pula persahabatan Dhiya dgn Saiful dan Kiflie?

DOWNLOAD DRAMA AINUR MARDHIYAH
WATCH ONLINE DRAMA AINUR MARDHIYAH
TENGOK ONLINE DRAMA AINUR MARDHIYAH


Carian Berkaitan

sinopsis ainur mardhiyah

Tags: #Ainur #Azalea #Drama #Mardhiyah #Slot

author
Author: 
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Nantikan adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November

    Leave a reply "Drama Ainur Mardhiyah [Slot Azalea TV9]"

    Must read×

    Top