Drama Adaptasi Novel Suamiku Mr. Blind

by -28 views
DramaBAdaptasiBNovelBSuamikuBMr.BBlind - Drama Adaptasi Novel Suamiku Mr. Blind


Suamiku Mr. Blind, Novel Suamiku Mr. Blind, Karya Novelis DanisyaRahmat, Unifi TV, Drama Adaptasi Novel, Watak Pelakon, Cast, Pelakon Drama Suamiku Mr. Blind, Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari, Khaty Azian, Gen Darwish, Puteri Rayyana Rayqa, Natasya Mahyan, Roslan Salleh, Sinopsis Novel Suamiku Mr. Blind, Cover Novel Suamiku Mr. Blind,
Drama Adaptasi Novel Suamiku Mr. Blind

Nampaknya kali ini giliran novel Suamiku Mr. Blind karya novelis Danisyarahmat yg akan diadaptasi menjadi drama 30 episod dan akan disiarkan di Unifi TV saluran HyppSensasi 116. Antara pelakon drama Suamiku Mr. Blind ini adalah Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari, Khaty Azian, Gen Darwish, Puteri Rayyana Rayqa, Natasya Mahyan, Roslan Salleh dan ramai lagi. Manakala pelakon hebat Rusdi Ramli akan menjadi pengarah drama Suamiku Mr. Blind ini. Nampak menarik juga jalan cerita drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis novel Suamiku Mr. Blind serta watak – watak pelakon drama ini di bawah ye..


Nazrief Nazri sbg Aidil Zafran

Janisa Jalil sbgAin Shuhada 
Zoey Rahman sbg Rayyan
Intan Najuwa sbg Wani 
Dayana Roza sbg Melissa
Bella Nazari sbg Dato Adila
Khaty Azian sbg Puan Sri Azizah
Gen Darwish sbg Dani
Puteri Rayyana Rayqa sbg Auni

Sinopsis Novel Suamiku Mr. Blind (Drama Adaptasi Novel)


“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yg sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dlm lumpur sawah.
Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran.
“Aku tak nampak apa-apalah!”
Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup utk membayar apa yg telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu.
“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yg berkaitan dgn kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.
Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas thn kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.
“Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.”
AIN SYUHADA muncul kembali dlm hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!
Hati Aidil Zafran diketuk perasaan yg luar biasa sewaktu bersama PAnya yg menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat, maklumlah cinta itu buta!
Pada saat pernikahan Ain Syuhada dgn Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran datang dgn rela menjadi galang ganti. Namun, saat lafaz akad dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar?
“Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dgn kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.”
Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *