Donald Trump Dilabel ‘Budak Mentah’

In Terkini 61 views
BEIJING – Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merupakan “budak mentah dlm dunia diplomatik” dan perlu belajar utk tak melanggar batasan berkaitan isu penting melibatkan Beijing spt perdaga­ngan dan Taiwan, kata media pemerintah semalam.
Media China memberi amaran bahawa perbualan telefon antara Trump dan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen serta tindakan beliau mengecam dasar Beijing baru-baru ini boleh menjejaskan hubungan antara Washington dgn Beijing.

“Tindakan provokasi yg mengganggu hubungan dua hala tak dapat membantu menjadikan AS kembali hebat,” demikian menurut lidah pengarang akhbar People’s Daily.

Akhbar nasionalis China, Global Times pula menyiarkan berita muka surat penuh mengenai Trump yg didakwa ‘tidak mampu menutup mulut sendiri’ dan mengutuk ‘provokasi serta kepalsuan’ beliau.
Ia sbg membalas komen Trump di Twitter Ahad lalu yg membidas China kerana menurunkan nilai mata wang yuan, mengenakan cukai ke atas import AS dan membina pangkalan tentera di Laut China Selatan.
ARTIKEL MENARIK:- Tindakan Bekas Suami Sebar Fitnah Melampau Bikin Elly Mazlein MENGAMUK!
Kecaman Trump itu menyusul selepas media China mengkritik beliau kerana menerima panggilan ucapan tahniah drpada Ing-wen sekali gus melanggar protokol diplomatik selama hampir 40 tahun sejak Presiden Jimmy Carter mengiktiraf dasar Satu China pd 1979.
China menganggap Taiwan sebahagian drpada wilayahnya dan menunggu masa utk penyatuan.
Sementara itu, akhbar berbahasa Inggeris, China Daily menggelar Trump ‘budak mentah diplomatik’ dan menasihati beliau supaya bersikap sederhana agar tak mengundang masalah kpd negaranya.

“Sebagai bakal Presiden, Trump boleh dimaafkan. Namun, situasi akan berbeza apabila beliau menjadi Presiden kelak.” kata akhbar berkenaan. 

Tags: #'Budak #Dilabel #Donald #Mentah' #Trump

author
Author: 
    [BIODATA] Farah Nabilah
    [BIODATA] Farah Nabilah
    Nama : Farah Nabilah binti Saipuddin Nama
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    Sinopsis Novel Setia itu mahal yg tak
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    Sinopsis Novel ‘When a man truly loves
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    Sinopsis Novel Riyana seorang gadis dr keluarga

    Leave a reply "Donald Trump Dilabel ‘Budak Mentah’"

    Must read×

    Top