Dengan Lafaz Bismillah (TV2)

In Terkini 113 views

Dengan Lafaz Bismillah

Saksikan gandingan mantap Tiz Zaqyah, Izzue Islam, Iqram Dinzly dan Normah Damanhuri dakan telefilem Dengan Lafaz Bismillah yg akan ditayangkan meberyi slot Citra pd Selasa, 30 Mei 2017, pukul 10.00 malam di TV2. Bagi yg tak berkesempatan boleh menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).
JUDUL : DENGAN LAFAZ BISMILLAH 
TARIKH / MASA : Selasa, 30 Mei 2017, 9.00 malam 
SIARAN : Slot Citra (TV2-RTM)
PENGARAH : Yeop Hitler
TERBITAN : Country & Universal Sdn. Bhd
PELAKON : Tiz Zaqyah, Izzue Islam, Iqram Dinzly, Normah Damanhuri, Zulkifli Ismail, Feiyna Tajudin 
SINOPSIS DENGAN LAFAZ BISMILLAH 
Kisah Mak Seri (Normah Damanhuri) tinggal berseorangan dikampung setelah kematian suaminya. Hanya Jamilah tempat mengadu dan meluah perasaan rindu juga kecewanya pd anak perempuannya Zaleha. Zaleha (Tiz Zaqyah) berdendam pdnya ekoran perkahwinan tanpa persetujuan dirinya, namun sebaliknya perkahwinan itu menyembunyikan rahsia Zaleha yg telah mengandung anak luar nikah. Bagi Mak Seri apa yg dilakukan itulah yg terbaik utk anaknya. Sungguhpun Zaleha tak meluahkan perasaan itu, tapi Mak Seri tahu, Lokman (Izzue Islam) bukanlah pilihan hatinya. Sehingga kini Mak Seri tahu, Zaleha masih tak dapat terima Lokman dlm hatinya.
Sementara itu Zaleha begitu kecewa kerana tak dapat bersama Johari (Iqram Dinzly) anak ketua kampung yg dicintai itu tanpa pengetahuan Mak Seri hinggalah berita kehamilannya diketahui. Mak Seri memaksa Zaleha berterus terang namun Zaleha terus membisu seribu bahasa hinggalah suasana yg tegang. Ketika itu muncul Lokman yg mengaku mengandungkan Zaleha. Tapi Mak Seri tahu Lokman berbohong. Bagi Lokman dia sanggup melakukan apa saja demi Mak Seri biarpun hakikatnya dia amat menyayangi Suraya (Feiyna Tajudin), anak saudara Jamilah. Suraya tahu Lokman dlm dilema antara dia dan Mak Seri. Antara kasih dan kasihan, satu drnya terpaksa dikorbankan.
Selepas beberapa bulan pernikahan, Zaleha mengajak Lokman berpindah ke bandar kerana tak mahu hidupnya diganggu tapi Lokman menolak permintaannya itu. Sehinggalah berlaku satu kemalangan dimana tak sengaja Lokman tertolak Zaleha hingga menyebabkan pendarahan yg serius. Zaleha dikejarkan ke hospital, malangnya anak itu tak dapat diselamatkan. Atas pujukan dan nasihat Mak Seri, demi kebahagiaan Zaleha, Lokman memenuhi saja kehendaknya dgn harapan Zaleha akan berubah perangai.
Ekoran dr itu, Zaleha langsung tak menjenguk Mak Seri apatah lagi bertanya khabar. Perasaan dendamnya dan tak puas hati masih menebal dlm hatinya. Pernah dia menyuarakan hasratnya utk bercerai dgn Lokman, tapi sebaliknya dia dimarahi oleh Mak Seri. Mak Seri cuba menyedarkan anaknya tentang kebaikkan Lokman selama ini tapi sebaliknya Zaleha menafikan dan menuduh Lokmanlah punca dia terpaksa berpisah dgn Johari dan menyebabkan kematian anaknya.
Mak Seri hanya bergantung harap pd Lokman agar dapat membimbing anaknya kerana dia yakin Lokman saja yg boleh membentuk Zaleha ke arah kebaikkan. Bagi Lokman ini saja jalan dapat membalas segala pengorbanan Mak Seri dan dia tak mahu Mak Seri terus menangung malu ekoran perbuatan Zaleha yg menconteng arang ke mukanya.
Kesabaran Lokman tercabar juga bila Zaleha menghalang dia pulang ke kampung utk menjenguk Mak Seri yg sedang sakit. Zaleha terus terdiam bila Lokman yg selama menundukkan kepala telah hilang kesabarannya Berlakulah pertengkaran antara mereka berdua dimana Zaleha minta diceraikan semata mata ingin hidup bersama Johari, sebaliknya Lokman menunjukkan keratan akhbar yg mengatakan Johari bakal dihukum kerana mengedar dadah. Zaleha terpaku, Lokman terus keluar meninggalkan rumah itu. Sementara itu Suraya masih setia menanti Lokman.

Pelakon Dengan Lafaz Bismillah
Pelakon telemovie Dengan Lafaz Bismillah

Loading...

Tags: #Bismillah #Dengan #Lafaz

author
Author: 
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Tajuk : Mr London Ms Langkawi Mula
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.
    OST Drama Red Velvet
    OST Drama Red Velvet
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.

    Leave a reply "Dengan Lafaz Bismillah (TV2)"

    Must read×

    Top