Dendeng Daging

In Makanan 22 views

Dendeng Daging

Bahan-bahan
1 kilo daging lembu dipotong ketulan sederhana besar

Rebus daging hingga berubah warna, jangan sampai lembut.
Angkat dan toskan airnya, simpan air rebusan utk di guna kemudian.
Ketulan daging di hiris nipis, kemudian ketuk ringan dgn ulu lesung supaya leper.  Ketepikan.

Bahan Hiris
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 inci halia

Goreng bahan hiris hingga keperangan.  Toskan.
Simpan minyaknya utk menumis.

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
5 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai di ketuk
2 – 3 sudu besar cili kisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar

Bahan Perasa
2 sudu besar kicap hitam
1/2 cawan kicap lemak manis
gula dan garam secukupnya
1 sudu kecil pes asam jawa
Air rebusan daging secukupnya

Penyediaan :

  1. Guna minyak gorengan bawang, goreng hirisan daging hingga permukaannya sedikit kehitaman.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar utk menumis.
  4. Tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan daging, air rebusan daging dan bahan-bahan perasa.  Kacau dan renehkan hingga kuahnya hampir kering.
  6. Angkat dan gaulkan dgn gorengan bawang.  Hidang bersama nasi putih.

Dendeng Daging

Loading...

Tags: #DAGING #Dendeng

author
Author: 
    Steak Daging Mudah
    Steak Daging Mudah
    Steak Daging Mudah Bahan-bahan4 potong daging steak
    Roti John
    Roti John
    Roti John Bahan Inti Daging atau Ayam2
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta MarinaraBahan-bahan300 g penne pastaSedikit garam100
    Kerabu Buah Beka
    Kerabu Buah Beka
    Kerabu Buah Beka Bahan-bahan1 biji buah beka1

    Leave a reply "Dendeng Daging"

    Must read×

    Top