Daging Masak Kicap

In Makanan 35 views

Daging Masak Kicap
Resipi : Chef Joha Hassan
Di cuba oleh Kak Wan

Bahan-bahan
1kg Daging Kambing / Lembu dihiris
sedikit garam
2 sudu besar lada hitam- ditumbuk

Gaulkan daging bersama garam secukup rasa dan lada hitam, goreng sebentar,  Ketepikan.

Bahan Kisar
1 1/2 labu Bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inch halia
6 biji cili api

Bahan Rempah Kasar
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
4 sudu besar minyak masak

Bahan Rempah Halus
1/2 sudu teh serbuk masala
1/2 sudu teh serbuk Jintan manis

Bahan Kuah
1 sudu besar sos tomato
1 1/2 cawan air
1/2 cawan kicap manis.
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

3 biji ubi Kentang – dipotong dadu dan digoreng dahulu
1 batang carrot – potong bulat
Tomato cherry jika suka
Bawang goreng utk taburan

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, rempah halus dan rempah kasar.  Bila rempah mula bangkit masukan daging hiris, tuangkan air dan kicap manis.
  2. Masukkan sos tomato sedikit dan biarkan ia masak dgn api sederhana. Biarkan ia masak dlm 10 minit.
  3. Masukkan carrot, tutup periuk dgn penutup. Renehkan sebentar,
  4. Perasakan kuahnya dgn garam dan gula.  Lebihkan gula supaya kuahnya manis sedikit.
  5. Akhir sekali, masukkan ubi kentang goreng. Gaulkan bersama kuah.
  6. Taburkan bawang goreng. Angkat dan sajikan bersama nasi putih atau nasi minyak.

Daging Masak Kicap

Loading...

Tags: #DAGING #Kicap #Masak

author
Author: 
    Roti John
    Roti John
    Roti John Bahan Inti Daging atau Ayam2
    Dendeng Daging
    Dendeng Daging
    Dendeng DagingBahan-bahan1 kilo daging lembu dipotong ketulan
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta MarinaraBahan-bahan300 g penne pastaSedikit garam100
    Kerabu Buah Beka
    Kerabu Buah Beka
    Kerabu Buah Beka Bahan-bahan1 biji buah beka1

    Leave a reply "Daging Masak Kicap"

    Must read×

    Top