Daging Masak Hitam Sarawak

In Makanan 31 views

Resepi : Daging Masak Hitam Sarawak
Sumber : Amie’s Little Kitchen

Bahan
700 gram daging bahagian peha – potong nipis – bilas dan toskan

Bahan A –  Perap
2 labu bawang merah besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
3 batang serai – hiris
7 biji buah prune
3 sudu besar kismis
4 sudu besar kerisik
4 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin atau garam
3 sudu besar tomato puri atau tomato sos
2 sudu besar parutan gula melaka
1 cawan susu cair

Kisar semua bahan-bahan di atas hingga halus, gaul bersama daging.  Perap semalaman di dlm peti sejuk.

Bahan B – Tumis
3 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga
7 biji bawang merah – hiris nipis
3 sudu besar cili kering kisar jika suka pedas

Cara-cara :

  1. Panaskan  minyak sapi dan tumis bawang merah hingga garing. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan bahan yg diperap. Masak dgn api sederhana hingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
  4. Hidang bersama nasi putih atau nasi minyak.
Daging Masak Hitam Sarawak

Loading...

Tags: #DAGING #Hitam #Masak #Sarawak

author
Author: 
    Roti John
    Roti John
    Roti John Bahan Inti Daging atau Ayam2
    Dendeng Daging
    Dendeng Daging
    Dendeng DagingBahan-bahan1 kilo daging lembu dipotong ketulan
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta MarinaraBahan-bahan300 g penne pastaSedikit garam100
    Kerabu Buah Beka
    Kerabu Buah Beka
    Kerabu Buah Beka Bahan-bahan1 biji buah beka1

    Leave a reply "Daging Masak Hitam Sarawak"

    Must read×

    Top