Clever Girl Malaysia Musim Kedua (2017)

In Terkini 101 views

Clever Girl Malaysia, sebuah program realiti “gameshow” TV3 yg menampilkan 14 gadis pintar dr seluruh Malaysia kembali dgn musim kedua! Pada musim lepas, kita telah menyaksikan ketangkasan dan kepintaran Fatin dr Kelantan ketika menjawab kuiz yg diberi hingga beliau berjaya dinobatkan sbg Clever Girl Malaysia pertama sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Memasuki musim terbaharu, pencarian gadis-gadis bijak ini bermula pd 1 April dan akan berakhir pd 7 Mei 2017. Peringkat pertama sesi uji bakat akan berlangsung di 6 lokasi.

Lokasi Uji Bakat Clever Girl Malaysia (2017)

  •     1 April – The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang
  •     8 April – Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
  •     15 April – Merdeka Palace, Kuching, Sarawak
  •     22 April – Persada Johor Convention Centre, Johor
  •     29 April – Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang
  •     6 & 7 Mei – Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor

Syarat Kelayakkan

Terbuka kpd peserta wanita yg berada dlm lingkungan usia 18 hingga 30 tahun, warganegara Malaysia, berperwatakan menarik dan mempunyai pengetahuan yg luas merupakan kriteria utama utk menyertai Clever Girl Malaysia.

Terdapat satu lagi cara utk menyertai program ini. Selain drpada menghadiri sesi uji bakat Clever Girl Malaysia, gadis-gadis yg celik media sosial boleh mencalonkan diri mereka sendiri atau rakan-rakan lain di laman sosial Instagram dgn memuatnaikkan rakaman video berdurasi 60 saat dgn hashtag #clevergirlmy, beserta huraian “mengapa anda adalah Clever Girl yg kami cari” atau “mengapa rakan anda adalah seorang Clever Girl”.

Jangan lupa utk tetapkan akaun Instagram sbg umum (public). Peserta yg berjaya akan dihubungi melalui akaun Instagram mereka utk ke peringkat saringan.

Peringkat kedua uji bakat pula merangkumi ujian penulisan di mana para peserta harus menjawab 30 soalan pengetahuan am, dan sesi temu bual di hadapan kamera yg menguji personaliti mereka. 28 peserta yg berjaya kedua-dua peringkat uji bakat ini akan disenaraipendekkan utk menyertai “boot camp” Clever Girl Malaysia yg akan diadakan dgn kerjasama Mensa pd bulan Mei ini.

Puan Zurina Othman, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, berkata, “Clever Girl Malaysia merupakan program realiti ‘gameshow’ Nombor 1 di Malaysia.

Konsepnya yg berbeza drpada program realiti lain berjaya menarik perhatian penonton kami. Atas respon penonton yg memberangsangkan, kami meneruskan program ini utk musim kedua. Kami yakin, sesi uji bakat kali ini juga akan mendapat sambutan hangat setelah peserta-peserta tahun lalu menjadi inspirasi kpd gadis-gadis di luar sana utk menunjukkan kepintaran mereka.”

Anda berani menyahut segala cabaran utk menjadi gadis terpintar di Malaysia yg seterusnya? Marilah sertai sesi uji bakat Clever Girl Malaysia yg akan diadakan pd 1 April – 7 Mei 2017 ini!


Carian Berkaitan

Clever girl malaysia 2017, peserta clevergirl 2017

Tags: #2017 #Clever #Girl #Kedua #Malaysia #Musim

author
Author: 
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh

    Leave a reply "Clever Girl Malaysia Musim Kedua (2017)"

    Must read×

    Top