Chicken Chop Goreng / Fried Chicken Chop

In Makanan 63 views


Chicken Chop Goreng / Fried Chicken Chop

Bahan-bahan
2 keping paha ayam debone
2 sudu kecil serbuk/pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar jus lemon

Bahan Salutan
1 biji telur – di pukul ringan
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan breadcrumbs

Cara-cara :
Gaul ayam bersama bahan-bahan perap hingga rata.  Perap selama 4 jam atau semalaman di dlm peti sejuk.
Salut ayam dgn tepung jagung hingga rata.
Kemudian celup kedalam telur dan akhir sekali celup dgn breadcrumbs hingga rata.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Angkat dan toskan.

Sos Cendawan Blackpepper
1/2 biji bawang besar di potong dadu
1 sudu besar mentega
4 biji cendawan butang di hiris
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos black pepper
2 sudu besar kicap hitam
200ml air
100ml air + 1 sudu besar tepung jagung (utk pekatkan kuah)
Sedikit garam dan gula
Serbuk lada hitam kasar

Cara-cara :
Panaskan mentega dan tumis bawang hingga layu.  Masukkan semua sos, kicap, air dan cendawan butang.  Biarkan mendidih.  Kemudian tuang larutan tepung jagung utk memekatkan kuah. Perasakan dgn sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam kasar.
Kacau dgn api perlahan hingga kuah hampir pekat.  Angkat dan hidangkan bersama ayam dan bahan sampingan yg lain.

Kentang Putar
3 biji ubi kentang – potong dadu
2 sudu besar mentega
1/4 cawan susu segar atau whipping cream

Cara-cara :
Rebus kentang hingga empuk, lenyek ketika masih panas hingga halus.
Panaskan susu dan mentega hingga cair, masukkan ubi kentang dan gaul hingga sebati.
Perasakan dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam dan putih secukupnya.


Hidangan Sampingan
Kentang Goreng, Tomato, Salad, Jagung, Broccoli, Tomato dan Carrot.

Chicken Chop Goreng / Fried Chicken Chop

Tags: #Chicken #Chop #Fried #Goreng

author
Author: 
    Kaswi Durian
    Kaswi Durian
    Kaswi Durian By Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan300gm isi
    Sambal Kuinin
    Sambal Kuinin
    Sambal KuininBahan-bahan2 biji buah kuini setengah masak2
    RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS
    RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS
    RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS BAHAN-BAHAN ikan bilis
    Sambal Strawberry
    Sambal Strawberry
    Sambal StrawberryBahan-bahan1 packet buah strawberry (20 biji)6

    Leave a reply "Chicken Chop Goreng / Fried Chicken Chop"

    Must read×

    Top