Cerita Ramadan Hazim (TV2)

In Terkini 460 views

Cerita Ramadan Hazim

Saksikan drama bersiri Cerita Ramadan Hazim arahan Heyqal Hanifah yg akan bermula siarannya 26 Mei ini, setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 10.00 pagi di TV2. Drama sebanyak sebanyak 26 episod ini menampilkan lakonan Harris Latif, Kodi Rasheed, Mia Ahmad, Sari Yanti, Syafie Naswip, Feiyna Tajudin dan ramai lagi 
JUDUL : CERITA RAMADAN HAZIM 
EPISOD : 26 episod 
TARIKH TAYANGAN : 26 Mei ini
HARI / MASA : Isnin-Sabtu, 10.00 pagi
SIARAN : TV2 (RTM)
SKRIP : Zarina Mohd Yasin
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Layar Consult
PELAKON : Harris Latif, Kodi Rasheed, Mia Ahmad, Sari Yanti, Syafie Naswip, Adam Shahz, Jay Iswazir, Roy Azman, Feiyna Tajudin

SINOPSIS CERITA RAMADAN HAZIM 
Mengisahkan Hazim, anak tunggal dlm keluarga. Dia dilahirkan di Malaysia tetapi dibesarkan di Abu Dhabi kerana bapanya bertugas di sana. Sejak lima tahun yg lalu, Hazim tak lagi berpeluang utk berpuasa dan beraya di Malaysia. Selepas arwah neneknya meninggal, abah tak lagi pulang ke Malaysia. Mereka menyambut di sana sahaja. 
Melalui laman facebook, Hazim sentiasa berhubung dgn Pak Su Hanafi. Pak Su Hanafi ialah adik bongsu abahnya. Mereka sering berkongsi cerita di laman maya. Pak Su masih bujang, tinggal di rumah pusaka peninggalan arwah datuk dan nenek. Tahun ini, Hazim menyatakan hasratnya utk berpuasa dan berhari raya di Malaysia. Kebetulan ketika itu, cuti semester sekolahnya. Ibu dan abah bersetuju dgn cadangannya.
Pak Su Hanafi adalah orang paling gembira dgn kepulangan Hazim. Pak Su seorang guru Matematik. Dia bertugas di sekolah menengah di kampung itu. Pak Su terus menetap di rumah pusaka kerana mahu sentiasa berada dlm ‘roh kasih sayang ibu dan abahnya’. Selepas ibunya (nenek Hazim) meninggal, rumah itu tiada berpenghuni. Hanya Mak Long (sepupu arwah ibu) yg tolong jenguk-jengukkan rumah itu. Pak Su tinggal sendirian di rumah itu. Arwah datuk Hazim sudah lama meninggal dunia.
Pak Su ada tiga beradik. Yang sulung ialah bapa Hazim. Yang kedua, Mak Ngah Sarah yg tinggal di pantai timur. Sejak berkahwin, Mak Ngah juga jarang-jarang pulang ke kampung apatah lagi selepas ibunya tiada. Dengan Hazim, Pak Su bercerita mengenai kerinduannya utk menyambut Ramadan dan Syawal spt dahulu. 
Pak Su bersedih setiap kali munculnya Ramadan dan Syawal selepas ibu dan abah tiada. Rumah pusaka itu tak lagi meriah spt dahulu. Abang dan kakak sibuk dgn hal masing-masing. Pak Su hanya menumpang kasih dgn saudara-mara yg masih ada. Tahun ini, Pak Su berazam utk mengembalikan kemeriahan Ramadan dan Syawal seumpama ibu dan abah masih ada. Pak Su mahu menyatukan adik-beradiknya di rumah pusaka ini semula pd tahun ini. 
Tambahan pula, Pak Su merancang utk mengikat tali pertunangan dgn Nur Sufiyyah pd tahun ini. Nur Sufiyyah, gadis daerah yg sama, graduan perakaunan UIA yg memilih utk membantu perniagaan restoran bapanya di kampung itu. Abahnya seorang pesara tentera. Pak Su jatuh hati dgn Nur Sufiyyah setelah kerap datang makan ke restoran itu. Masakan air tangan Nur Sufiyyah telah menambat hatinya. 
Hazim sangat teruja utk memenuhi impian Pak Su. Malah, Hazim sendiri terlalu rindukan saat manis menyambut Ramadan dan Syawal ketika arwah nenek masih ada dahulu. Tanpa pengetahuan Pak Su, Hazim merancang utk ‘mendorong’ ibu dan abahnya serta Mak Ngah sekeluarga utk beraya di kampung pd tahun ini. Hazim berkongsi gambar-foto lama mereka sekeluarga ketika berhari raya bersama dahulu. Macam-macam dikongsikan; dgn ‘captioncaption’ yg menyentap rasa demi menggamit nostalgia mereka. Hazim turut menyatakan hasrat Pak Su utk bertunang. 
Ramadan berlangsung dgn penuh kesyukuran. Pak Su gembira kerana dapat menjalani ibadah puasa dgn Hazim – yg setia menemaninya dr sahur, berbuka hinggalah bertarawih. Hazim pula menikmati Ramadan tahun ini sepuas-puasnya. Suasana di Malaysia ternyata sangat berbeza dr Abu Dhabi. Mereka melakukan pelbagai perkara bersama. Mereka menghias rumah, memasang pelita, menukar langsir dan sbgnya; sesuatu yg pernah dilakukan lewat lima tahun yg lalu. Pak Su sanggup berhabis utk lebaran tahun ini.
Namun adakah impian usaha Hazim utk mengumpulkan keluarga mereka tercapai? Apakah dia berjaya melakukan sesuatu yg sangat bermakna pd lebaran tahun ini mengajak ibu dan ayahnya pulang dr Abu Dhabi? 

Carian Berkaitan

tajuk lagu cerita ramadan hazim, Sinopsis cerita ramadan hazim, lagu cerita ramadan hazim, sinopsis cerita ramadhan hazim

Loading...

Tags: #Cerita #Hazim #Ramadan

author
Author: 
    Kekasih Paksa Rela (TV3)
    Kekasih Paksa Rela (TV3)
    Nantikan drama bersiri Kekasih Paksa Rela akan
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Tajuk : Lari hantu Lari Tarikh :
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Tajuk : Zahir Tak Terucap Mula Tayangan

    Leave a reply "Cerita Ramadan Hazim (TV2)"

    Must read×

    Top