Cara Menjaga Bateri Handphone Yang Betul

In Terkini 110 views
BATERI handphone adalah salah satu komponen utama yg penting utk setiap telefon. Tanpa adanya bateri, telefon tak boleh berfungsi. Kini telefon bimbit atau telefon pintar sudah menjadi antara keperluan asas yg penting. Dari golongan dewasa sampailah ke budak sekolah pun pasti mempunyai sebuah telefon bimbit tak kisahlah dr jenama apa sekalipun. Ingin tahu bagaimana cara menjaga bateri handphone agar bertahan lama? Jom lihat dibawah!

Cara Menjaga Bateri Handphone Yang Betul

Cara Menjaga Bateri Handphone Yang Betul

Namun semakin canggih pengunaan telefon tersebut terutama telefon pintar, semakin cepat habis hayat bateri tersebut.
Bateri telefon adalah ibarat denyutan nadi telefon itu. Kalau tak dijaga dgn baik, ia boleh mendatangkan masalah spt bateri rosak atau bateri kembung.

Cara Untuk Panjangkan Hayat Bateri

1) Mod penjimatan kuasa

Telefon pintar Android dan telefon Windows termasuk kuasa atau mod penjimatan bateri yg biasanya terletak di menu tetapan. Ia diaktifkan sekiranya bateri mencapai tahap tertentu, memaksa bateri mematikan ciri intensif termasuk e-mel push, kecerahan skrin dan kemaskini Facebook.

2) Kecerahan skrin

Penggunaan bateri paling tinggi adalah pd pencahayaan skrin telephone anda makin besar skrin makin banyak penggunaan bateri. Bagi menjimatkan kuasa bateri dgn memilih ‘kecerahan automatik’ dan skrin akan melaraskan kecerahan secara automatik bergantung kpd keadaan pencahayaan.

Selain itu, jika penunjuk bateri mencapai tahap yg tak menentu menjadikan kecerahan turun serendah selesa utk memelihara kuasa seberapa banyak yg mungkin. Pastikan kunci auto diaktifkan, jadi apabila telefon anda tak digunakan skrin menutup menjimatkan kuasa.

3) Kurang penggunaan getaran

Dalam persekitaran kerja penggunaan ringtones kuat amat disukai, tak menggunakan mod begetar sekiranya anda berada dlm meeting malah lebih baik gunakan mod senyap lebih berkesan utk menyelamatkan penggunaan bateri anda.

4) Offkan Telefon Ketika Mengecas

Pastikan telefon anda di OFF terlebih dahulu sebelum korang mengecas kerana arus elektrik yg keluar masuk akan merosakkan molekul dlm bateri.

5) Elakkan Cas Telefon Di Dalam Kereta

Voltage pd kereta selalunya tak stabil menyebabkan arus yg masuk ke dlm bateri juga tak stabil. Ini akan menyebabkan komponen bateri cepat rosak.

6) Habiskan Bateri Sebelum Di Cas

Pastikan bateri telefon korang betul-betul habis baru dicas semula utk mengelakkan ‘memory effect’.

7) Pastikan Bateri Dicas sepenuhnya kali pertama sekurang-kurangnya 8 jam

Apa jua jenis bateri telefon bimbit, pastikan ianya dicas sepenuhnya sewaktu pertama kali membelinya. Ini utk menentukan usia bateri. Ini kerana apabila kita mengecas bateri seluruh sel dlm telefon bimbit akan berfungsi.

8) Matikan sambungan

WiFi, GPS dan Bluetooth adalah antara yg terdapat dlm telefon moden anda. Lupa utk mematikan WiFi anda apabila anda meninggalkan rumah dan ia akan sentiasa mencari sambungan WiFi dan menggunakan bateri lebih pd masanya. Jadi pastikan anda mematikan mana-mana sambungan luar apabila anda tak menggunakannya.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat utk anda!


Carian Berkaitan

cara menjaga bateri handphone, cara penjagan bateri hp yg betul, cara yang betul menjaga bateri phone

Loading...

Tags: #Bateri #Betul #Cara #Handphone #Menjaga #Yang

author
Author: 
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Tajuk : Mr London Ms Langkawi Mula
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.
    OST Drama Red Velvet
    OST Drama Red Velvet
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.

    Leave a reply "Cara Menjaga Bateri Handphone Yang Betul"

    Must read×

    Top