Cara Membuat Permohonan Rayuan BR1M 2017

In Terkini 132 views
ADAKAH anda telah membuat semakan status permohonan BR1M 2017 tetapi gagal? Difahamkan hampir 6 juta pemohon diluluskan permohonan BR1M 2017 kali ini. Tetapi, bagaimana cara utk membuat permohonan rayuan BR1M 2017? Untuk makluman anda, pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017 yg ditolak permohonan boleh mengemukakan rayuan mulai 3 April 2017 selewat-lewatnya hingga 31 Mei ini.

Cara Membuat Permohonan Rayuan BR1M 2017

Cara Membuat Permohonan Rayuan BR1M 2017

Bagi pemohon yg ditolak permohonan anda hanya boleh kemukakan rayuan secara manual iaitu dgn mengisi borang. Borang berkenaan boleh dimuat turun melalui http://ebrim.hasil.gov.my

Tarikh Buka Rayuan: 3 April 2017
Tarikh Tutup Rayuan: 31 Mei 2017
Tempat Hantar Borang Rayuan: Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan spt penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.

Borang Rayuan BR1M 2017

Pemohon boleh dapatkan borang rayuan dgn memuat turun secara dlm talian melalui http://ebrim.hasil.gov.my

Dokumen Wajib Dibawa Rayuan BR1M 2017

Berikut adalah salinan dokumen yg perlu dikemukakan bg yg mempunyai tanggungan spt:

i. Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bg pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa Tunggal) atau bg Ibu / Bapa tanggungan (jika status perkahwinan bujang).

ii. Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bg pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bg Ibu / Bapa tanggungan (jika status perkahwinan bujang)

iii. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tak memohon

iv. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yg dilantik oleh kerajaan.

Semoga bermanfaat utk anda!

Tags: #2017 #BR1M #Cara #Membuat #Permohonan #Rayuan

author
Author: 
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi
    Sinopsis Telemovie Gadis Kosmos
    Sinopsis Telemovie Gadis Kosmos
    Tajuk : Gadis Kosmos Tarikh : 9

    Leave a reply "Cara Membuat Permohonan Rayuan BR1M 2017"

    Must read×

    Top