Cara Makan Buah-Buahan yg Betul

In Gaya Hidup 87 views
cara makan buah buahan yg betul

Anda suka makan buah-buahan? 

Tahukah anda cara makan buah-buahan yg betul?

Banyak orang fikir yg makan buah-buahan bersama dgn hidangan utama ialah cara

yang baik utk kekal sihat. Tanpa memahami dgn betul tentang kitaran pencernaan

badan dlm jangka masa 24 jam, banyak orang makan buah-buahan dgn cara yg tak

betul. Makan buah-buahan bersama dgn makanan utama atau makan sbg pencuci

mulut selepas makan bukanlah cara yg sesuai buah-buahan patut dimakan.

Pelajarilah cara yg betul utk makan buah-buahan. Masalah pencernaan akan

berkurangan serta badan anda juga akan mempunyai banyak tenaga. Dengan pengambilan

buah-buahan yg cukup, tahap gula dlm darah menjadi normal serta membenarkan

mekanisme kelaparan badan diatur dgn betul dan seterusnya boleh mengelakkan

pengambilan makanan secara berlebihan.


Bagi mendapatkan khasiat buah-buahan yg maksimum , anda patut mengikuti garis

panduan di bawah :

 Elakkan makan buah-buahan bersama dgn makanan lain. Buah-buahan adalah

sangat bagus utk dimakan secara sendirian.

 Masa yg paling bagus utk makan buah-buahan ialah semasa perut kosong. Anda

boleh lakukan ini pd semua waktu pd siang hari. Ini adalah kerana apabila anda

makan buah, proses pencernaan bekerja dgn amat cepat dan badan kita

menggunakan enzim yg berbeza utk mencernakan makanan. Gula ringkas yg

terkandung di dlm buah memerlukan masa utk diserap sepenuhnya oleh badan.

Apabila buah dimakan secara sendirian tanpa makanan lain, perut anda boleh

memproses semua zat , serat dan gula ringkas dgn mudah.

 Selepas makan buah , anda patut rehat selama 30 minit sebelum makan makanan

yang lain selain drpada buah.

 Jarakkan pengambilan buah-buahan di antara waktu makan. Contohnya, makan buah

sejam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Untuk sajian berat spt nasi atau

pasta,anda patut membenarkan makanan dicerna lebih lama sebelum anda

menambah buah-buahan beserta semua asid ke dlm perut anda lebih kurang 3-4

jam.

 Anda patut makan buah-buahan sebelum waktu tengah hari.

 Elakkan makan buah-buahan sbg pencuci mulut . Ini akan mengurangkan

kelebihan buah-buahan itu sendiri .

 Elakkan buah spt pisang dan avokado pd waktu pagi kerana buah-buahan ini

dikira berat dan membebankan sistem pencernaan pd waktu pagi. Buah-buahan ini

sesuai diambil selepas tengah hari apabila badan di dlm kitaran pencernaan yg

sesuai utk makan buah-buahan sedemikian.

 Jika anda berasa lapar pd waktu pagi, makanlah buah-buahan dan anda boleh terus

makan buah-buahan hingga tahap gula dlm darah kembali normal dan

seterusnya membuatkan rasa lapar hilang.

 Jika boleh , makanlah hanya buah-buahan organik.

 Elakkan buah-buahan yg diproses, dimasak atau ditinkan kerana buah-buahan

sedemikian mengandungi banyak gula, bahan tambahan dan bahan yg tak

diingini.

 Elakkan makan buah-buahan pd waktu hampir tidur kerana banyak gula di dlm

buah yg boleh memberi anda tenaga. Ini akan membuatkan anda berjaga pd

waktu malam sedangkan anda perlukan tidur pd waktu itu. Jika anda mahu makan

buah-buahan pd waktu malam, anda boleh makan tak kurang 3 jam sebelum

tidur.

Bagi mereka yg mahu menurunkan berat badan, mungkin ini cara terbaik dgn

mengelakkan makan buah-buahan pd waktu ini.

 Anda juga boleh makan buah-buahan sebelum bersenam, selepas bersenam ataupun

sebelum dan selepas bersenam. Badan kita akan menggunakan gula buah utk

tenaga yg cepat dan utk mengisi semula simpanan tenaga yg sudah habis.

Tags: #Betul #BuahBuahan #Cara #Makan

author
Author: 
    Kepentingan dan Cara utk Memupuk Imej Tubuh yg Positif.
    Kepentingan dan Cara utk Memupuk Imej Tubuh yg Positif.
    Kita sering dihidangkan dgn kesempurnaan di media
    Kebaikan dan Manfaat Meditasi
    Kebaikan dan Manfaat Meditasi
    “Dalam meditasi, penyembuhan boleh berlaku. Bila minda
    4 Sebab Kenapa Bawang Putih Perlu Menjadi Rencah Wajib Dalam Hidangan
    4 Sebab Kenapa Bawang Putih Perlu Menjadi Rencah Wajib Dalam Hidangan
    Puas kita mencari pelbagai ubat-ubatan dan makanan
    Zat Makanan yg Penting utk Mata yg Sihat
    Zat Makanan yg Penting utk Mata yg Sihat
    Zat Makanan yg Penting utk Mata yg

    Leave a reply "Cara Makan Buah-Buahan yg Betul"

    Must read×

    Top