Cara Buat Rayuan BR1M 2017

In Terkini 215 views

Cara Buat Rayuan BR1M 2017 |Anda telah membuat semakan status permohonan BR1M 2017 tetapi gagal? Rata-rata pemohon rasa kecewa selepas permohonan BR1M 2017 mereka ditolak disebabkan isu SSM dan Kad Debit Pelajar. Difahamkan hampir 6 juta pemohon diluluskan permohonan BR1M 2017. Tetapi, bagaimana cara utk membuat rayuan BR1M? Untuk makluman, pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017 yg ditolak permohonan boleh mengemukakan rayuan mulai 3 April 2017 selewat-lewatnya hingga 31 Mei ini.

Cara Buat Rayuan BR1M 2017
Permohonan Rayuan BR1M 2017

Cara Buat Rayuan BR1M 2017

Bagi pemohon yg ditolak permohonan anda hanya boleh kemukakan rayuan secara manual iaitu dgn mengisi borang. Borang berkenaan boleh dimuat turun melalui ebrim.hasil.gov.my.

Tarikh Buka Rayuan : 3 April 2017
Tarikh Tutup Rayuan : 31 Mei 2017
Tempat Hantar Borang Rayuan : Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan spt penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.

Baca juga: 15 Punca Permohonan BR1M 2017 Ditolak

Borang Rayuan BR1M 2017

Pemohon boleh dapatkan borang rayuan dgn memuat turun secara online melalui ebrim.hasil.gov.my.

Dokumen Wajib Dibawa Rayuan BR1M 2017

Berikut dikongsikan salinan dokumen yg wajib dikemukakan bg yg mempunyai tanggungan spt :

i. Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bg pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa Tunggal) atau bg Ibu / Bapa tanggungan (jika status perkahwinan bujang).

ii. Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bg pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bg Ibu / Bapa tanggungan (jika status perkahwinan bujang)

iii. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tak memohon

iv. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yg dilantik oleh kerajaan.

Diharapkan informasi mengenai cara membuat rayuan BR1M 2017 ini dapat membantu pemohon yg gagal permohonan utk kali pertama tahun ini. Semoga anda berjaya mendapat permohonan rayuan tersebut hingga tarikh tutup pd 31 Mei 2017.

Tags: #2017 #BR1M #Buat #Cara #Rayuan

author
Author: 
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Nantikan drama bersiri berjudul ‘Ahmad Rosli Arwahkan
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14

    Leave a reply "Cara Buat Rayuan BR1M 2017"

    Must read×

    Top