Cara Beli Online di Lazada Malaysia

In Terkini 100 views
BAGI anda yg masih tercari-cari cara beli online di Lazada Malaysia. Mulai sekarang anda boleh ketahui cara beli online di Lazada dgn perkongsian entri saya kali ini. Lazada amat terkenal dgn barangan online spt smartphone, laptop, tablet, peralatan elektronik, Smart TV dan macam-macam lagi. Tapi bagaimanakah cara beli online di Lazada? Ramai juga yg bertanyakan cara beli online di Lazada. Macam mana nak tahu seller itu trusted atau tak? Begitu juga, bagaimana warranty barangan elektronik?

Cara Beli Online di Lazada Malaysia

Cara Beli Online di Lazada Malaysia

Pertama kali, anda perlu daftar akaun terlebih dahulu di Lazada menggunakan email anda. Kemudian, anda boleh login /sign in menggunakan username dan password akaun yg anda baru daftar tadi.

Selepas itu, anda boleh search item yg hendak dibeli. Contohnya nak beli iPhone 7. Dekat page result tu keluar banyak pilihan. Anda perlu bijak membuat pilihan.

Panduan Order dan Membuat Pembayaran di Lazada

1-Add to cart item yg hendak dibeli dan proceed to checkout.

2-Kemudian, Masukkan Alamat Penghantaran dan Billing, boleh guna alamat sama utk kedua-dua ini. Jika kawasan anda tinggal agak sukar dicapai oleh syarikat courier, pilih alamat pejabat, kampus dan sbgnya.

Terdapat 4 kaedah pembayaran di Lazada. Berikut adalah:

a. Cash On Delivery (COD) – bayar secara cash atau credit card hanya ketika courier sampai di rumah atau alamat penghantaran.

b. Online Banking – bayar menggunakan Maybank2u, CIMB Clicks, Hong Leong Bank, Public Bank, Ambank dan RHB.

c. Credit Card / Debit Card – bayar menggunakan credit card atau debit card Mastercard / VISA.

Untuk membayar secara installments, anda perlu menggunakan Maybank Credit Card (rujuk tutorial beli secara installment).

d. Paypal – anda boleh bayar menggunakan paypal jika anda mahu.

3-Sekiranya semua ok, tekan Place Order utk membuat tempahan.

Cara Menggunakan Baucer Untuk Diskaun

Baucer atau coupon merupakan teknik memikat pelanggan yg cukup cukup berkesan di laman ecommerce. Sekali dah shopping guna baucar, esok lusa mesti nak try lagi. 😀

Nak guna baucar di Lazada, kena rajin-rajin buka main page Lazada terutamanya ketika hari sales kerana jika hari bertuah, anda boleh baucer yg rare atau limited. Untuk menggunakan baucer, pastikan login dulu akaun dan pd bahagian baucer, masukkan baucer yg sah dan tekan Apply.

Selain baucer, Lazada juga memberikan diskaun kpd pengguna Credit Card dan Debit Card. Contohnya. jika anda membeli barang pd hari Sabtu menggunakan Credit Card CIMB, anda boleh diskaun hingga 10%. Manakala Maybank Card pula memberikan diskaun hingga 10% pd setiap hari Rabu.

Cara Mengesan Pesanan di Lazada

Setelah siap membuat tempahan, anda akan menerima e-mel drpada Lazada Malaysia dan anda kemudian boleh lihat order status dan tracking. Seller Lazada biasanya menggunakan pelbagai jenis courier antaranya Gdex, Pos Laju, Skynet dan sbgnya jadi anda boleh trace di laman web courier tersebut.

Cara Return Barang Kepada Lazada

Bagi case anda beli barangan di Lazada Malaysia tetapi didapati barang rosak, defective, pecah, fake atau lain spt yg seller claimed, anda boleh membuat return kpd Lazada asalkan dlm tempoh 14 hari selepas pembelian. Contoh, seller jual item A tapi lepas beli, sampai item B. Atau seller jual item A dan description kata barang original, tapi bila sampai barang knockoff / ciplak / fake.

Pack barang tersebut elok-elok dan hantarkan kembali bersama-sama invois dan bukti pembelian. Simpan sekali bukti pembayaran anda kpd syarikat courier (biasanya resit) kerana Lazada akan refund balik kos penghantaran.

Satu cara lagi yg lebih mudah, anda boleh print out return form di bahagian order. Print dan tampal borang return di tempat dan hantar ke pos laju tanpa sebarang caj.

Bagi anda ingin ketahui cara beli online di Lazada Malaysia, anda boleh ‘Dapatkan Beli Online di Lazada Malaysia Mulai Sekarang’.

Semoga bermanfaat! Sebarang pertanyaan boleh komen dibawah.


Carian Berkaitan

tombiruo penunggu rimba lazada

Loading...

Tags: #Beli #Cara #Lazada #Malaysia #Online

author
Author: 
    The Berlian Job (Karya 12)
    The Berlian Job (Karya 12)
    Saksikan telefilem The Berlian Job arahan pengarah
    Nur 3 Pagi (TV3)
    Nur 3 Pagi (TV3)
    Sempena Maal Hijrah, TV3 akan menayangkan telefilem
    Drama Red Velvet – Neelofa dan Alif Satar
    Drama Red Velvet – Neelofa dan Alif Satar
    Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya
    Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar, Neelofa
    Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar, Neelofa
    Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya

    Leave a reply "Cara Beli Online di Lazada Malaysia"

    Must read×

    Top