Biskut Gambang / Roti Gambang

In Makanan 32 views

Biskut Gambang / Roti Gambang

Bahan A
125 gm gula perang
90 ml air
Masak hingga gula larut, biarkan sejuk

Bahan B
180 gm tepung gandum
60 gm serbuk roti (bread crumbs)
1 sudu besar serbuk susu
1/8 sudu teh garam
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon powder)
1 kuning telur, pukul ringan
50 gm mentega cair

Sapuan
Air dan bijan putih

Penyediaan :
Satukan bahan B kecuali kuning telur dan mentega.  Gaul rata,
Buat lubang di tengah, tuang kuning telur dan mentega cair.
Gaul dgn tangan kemudian tuang bahan A sedikit-sedikit dan uli menjadi doh yg lembut.
Tutup doh dgn plastik dan rehatkan selama 20 minit supaya senang menguli.

Uli doh, bentukkan bujur memanjang.  Letak di atas loyang yg di alas baking paper.

Spray permukaan doh dgn air dan tabur dgn bijan.
Bakar pd suhu 150C selama 20 minit.
Keluarkan dr oven dan biarkan doh sejuk selama 25-30 minit.

Kemudian hiris setebal 1 cm menggunakan pisau roti bergerigi.  Kemudian bakar semula selama 15 minit hingga garing.

Tekstur biskut gambang atau roti gambang ini spt Biscotti dan di cicah bersama kopi atau teh.

Nota :  Untuk tekstur yg lebih lembut spt roti,  guna resipi yg sama dgn menambah mentega cair ke 100 ml, rehatkan doh dan bahagikan kpd 2 bahagian.
Bentukkan doh membujur, jangan di leperkan.  Bakar selama 30 minit pd suhu 150C.

Biskut Gambang / Roti Gambang

Loading...

Tags: #BISKUT #Gambang #Roti

author
Author: 
    Steak Daging Mudah
    Steak Daging Mudah
    Steak Daging Mudah Bahan-bahan4 potong daging steak
    Roti John
    Roti John
    Roti John Bahan Inti Daging atau Ayam2
    Dendeng Daging
    Dendeng Daging
    Dendeng DagingBahan-bahan1 kilo daging lembu dipotong ketulan
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta MarinaraBahan-bahan300 g penne pastaSedikit garam100

    Leave a reply "Biskut Gambang / Roti Gambang"

    Must read×

    Top