Bintang Bersama Bintang 2018

In Terkini 12 views

Bintang Bersama Bintang 2018

Program hiburan Bintang Bersama Bintang kembali dgn membawakan enam pelawak terkenal tanah air bersaing sesama mereka dibarisi oleh Abam, Ajak, Issey, Mark Adam, Achey dan Shuk.
Bintang Bersama Bintang 2018 menampilkan pentas mingguan di mana setiap peserta harus mempersembahkan sketsa dan ‘punchline’ selama empat minit tiga puluh saat serta lagu berdurasi dua minit tiga puluh saat yg telah diolah menjadi kelakar mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing. Setiap minggu, para peserta juga dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan utk mengambil bahagian dlm sketsa mereka.
Sistem pemarkahan Bintang Bersama Bintang 2018 dibahagikan kpd dua bahagian iaitu 70% drpada panel juri dan 30% drpada undian atas talian. Bagi membuat undian dan ketahui info lebih lanjut boleh ke laman sesawang www.xtra.com.my/BBB2018. Undian atas talian hanya dibuka pd hari bersiaran bermula jam 6.00 petang.
Sepanjang pertandingan, tiada penyingkiran dilakukan, namun pemenang mingguan akan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000. Manakala, pd peringkat akhir iaitu Super Bintang Bersama Bintang, pemenang keseluruhan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 100,000.
Saiful Apek telah dipilih sbg juri tetap rancangan dan setiap minggu akan menampilkan juri jemputan dan personaliti radio terkenal, AG, sbg pengacara.
Bintang Bersama Bintang 2018 (BBB2018) bakal bersiaran secara langsung dr Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam selama tujuh minggu bermula 14 Januari 2018, setiap Ahad pukul 10.00 malam di TV3.

Tags: #2018 #Bersama #Bintang

author
Author: 
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Nama Penuh: Farah Nabilah Saipuddin Nama Komersil:
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "Bintang Bersama Bintang 2018"

    Must read×

    Top