Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2017

In Terkini 249 views
UNTUK makluman anda, kini dibuka utk permohonan tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang (BKMB & SPCYP) ke universiti tempatan bg tahun 2017.

Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2017

1. Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2017

Dikenali dgn nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kpd pelajar-pelajar anak Pahang yg cemerlang dlm peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Wujudnya biasiswa ini adalah utk memberi peluang kpd pelajar utk mengikutipengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dlm negara yg diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kpd kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dgn matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang utk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dlm usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia.

Kelayakan Permohonan

Berikut adalah kelayakan permohonan Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2017:

(A) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.

(B) Bagi pemohon yg ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.

2-Mempunyai kelulusan akademik yg cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yg tinggi serta aktif dlm kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

3-Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2016 spt berikut: –
(A) Calon SPM: 9 A + ke atas
(B) Calon STPM: 4 prinsipal A

3-Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yg diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).

4-Mempunyai sahsiah yg baik dan berpersonaliti unggul.

5-Mempunyai taraf kesihatan yg baik.

2. Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2017

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kpd pelajar-pelajar anak Pahang yg cemerlang dlm peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Di bawah skim ini, pelajar akan ditawarkan biasiswa bg mengikuti pengajian Matrikulasi / Program Asasi atau setaraf dgnnya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yg mempunyai jalinan usahasama dgn Yayasan Pahang (YP).

a) Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pelajar yg berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dlm bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan Islam. Pada masa yg sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2017/2018 (UPU Online) dgn menjadikan UIAM sbg PILIHAN UTAMA.

b) Program Peneraju Profesional Akauntan Muda (CAT- ACCA) di IPAC Education, INTEC Education College.

Program ini dirangka khas utk melahirkan golongan profesional di dlm bidang perakaunan dan dijalankan dgn kerjasama Yayasan Pahang, Yayasan Peneraju dan INTEC Education College.

Permohonan kemasukan pelajar akan diproses melalui YP. Pelajar yg berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Certified Accounting Technician (CAT) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di IPAC Education, INTEC Education College.

Kelayakan Permohonan

Anak Negeri Pahang Darul Makmur spt takrif berikut:

(A) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
(B) Bagi pemohon yg ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.

1-Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dlm kegiatan kokurikulum.

2-Lulus Cemelang di peringkat SPM tahun 2016 dgn mendapat keputusan A bg semua matapelajaran yg diambil.

Penajaan

Elaun Sara Hidup: 5,000 setahun
Yuran Pengajian: Seperti yg ditetapkan oleh institusi pengajian

Cara Membuat Permohonan

Anda boleh memuat turun borang permohonan dr Laman Web Yayasan Pahang di alamat:

http://www.yp.org.my/ ATAU melalui pautan pantas di bawah (fail adalah di dlm format PDF):

-Borang Permohonan BKMB Pahang 2017
-Borang Permohonan SPCYP Pahang 2017

Nota:
Borang yg telah lengkap boleh dihantar terus ke Yayasan Pahang sebelum atau pd 7 APRIL 2017 (JUMAAT).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5181800 | Faks: 09-5181888 | Laman Web: www.yp.org.my | E-mail: ypahang@yp.org.my
(Airulamri b. Amran / Norma Isna Hernanny bt. Musa / Zakiah bt. Saleh)

Semoga bermanfaat!


Carian Berkaitan

program yayasan pahang dgn peneraju

Loading...

Tags: #2017 #Biasiswa #Pahang #Pendidikan #Yayasan

author
Author: 
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Tajuk : Mr London Ms Langkawi Mula
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.
    OST Drama Red Velvet
    OST Drama Red Velvet
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.

    Leave a reply "Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2017"

    Must read×

    Top