Bercuti Sambil Bekerja Di Bayview Beach Resort Penang

In Terkini 63 views

Bercuti Sambil Bekerja Di Bayview Beach Resort Penang |Minggu lalu, aku dgn rakan-rakan Latihan Industri bersama dgn staf Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kulim telah mengadakan percutian sambil bekerja selama 3 hari 2 malam di Bayview Beach Resort Penang. Memang kami tak tolak peluang ini utk turut pergi ke sana bersama staf pekerja. Kami mungkin kurang bernasib baik kerana sesi sebelum ini mereka dibawa ke Langkawi. Lagi la best kan!….

Bercuti Sambil Bekerja Di Bayview Beach Resort Penang
Bayview Beach Resort Penang

Percutian pergi ke Bayview Beach Penang bukan semata-mata utk bercuti tapi atas dasar kerja yg melibatkan kewangan dan bajet akan datang. Kami bertolak hari Khamis (2 Mac 2017) dgn menaiki kereta JPS. Tapi sebelum bertolak dah research dahulu bagaimana kecantikan hotel Bayview tu di Penang. Bermulalah percutian kami sambil bekerja di Bayview Beach Resort Penang.

Sampai je hotel tersebut nampak dr pandangan luar memang cantik. Memang hotel ada class ni! Hanya beberapa meter saja Bayview Hotel dekat sangat dgn Hardrock Cafe Hotel. Kami pergi check ini terlebih dulu dgn hanya sebut tempahan dr JPS Kulim. Masa tu ramai lah jugak yg beratur termasuklah mat salleh yg turut sama membuat tempahan di hotel tersebut.

Pandangan Hotel Dari Atas 

Bercuti Sambil Bekerja Di Bayview Beach Resort

Selepas itu, kami terus ke bilik yg telah diatur oleh pihak JPS bg setiap dua orang termasuk yg bawa family. Memang tak sangka keadaan dan suasana bilik tidur nampak cantik dan mewah. Haha…berlagak sekejap macam orang kaya. Dah masuk bilik dan berehat sekejap. Aku dan rakan latihan industri bebas buat aktiviti di sana kerana kami akan terlibat mesyuarat esok harinya.

Bilik Tidur 

Ruang Tamu Bilik

Pandangan Luar Dari Bilik

Masa tu lah kami pergi tengok sekeliling hotel ini yg disediakan dgn pelbagai fasiliti spt kolam mandi, bar, pool, gim, indoor games (ping pong), dan banyak lagi. Paling mengujakan adalah fasiliti kolam renang yg sesuai utk semua golongan tak kiralah budak atau dewasa. Sempatlah jugak kami lihat dekat pantai yg turut disediakan sesi gambargrafi utk tangkap gambar bersama kuda.

Keesokan harinya baru aku sibuk dgn mensyuarat tentang kewangan dan bajet JPS. Aku dgn rakan-rakan LI pun turut terlibat utk melihat pembentangan yg disampaikan oleh staf JPS. Segala perkongsian ilmu ketika itu aku tak sia-siakan catit utk tulis dlm buku report latihan industri. Time break! Peh makanan kat hotel jangan kata apa memang banyak pilihan utk dijadikan juadah. Western! Francis! Semuanya ada….(makan puas2!)

Swimming Pool Di Bayview Beach Penang

Pokok Kelapa Di Sekeliling Luaran Hotel

Masa ni kat swimming pool penuh jer Minah Salleh duk berjemur. Biasalah cuaca panas di Malaysia. Tak ketinggalan juga sekeluarga dr Timur Tengah turut ada bermandi manda di kolam mandi itu. Haha…(cuci mata)!!! Kalau korang nak tahu sekeliling di kawasan tu ada pokok-pokok kelapa ala-ala macam Hawaii. Penuh je orang puteh duduk sandar kerusi macam di pantai.

Sambung pula mesyuarat pd waktu malam…mata pun dah mengantuk! Tapi aku dgn rakan LI tak lepas peluang pekena char koey teow di Restoran Pak Mid. Dengan khabarnya restoran ni terkenal di Batu Ferringhi. Ramai jer artis-artis yg singgah di sini. Korang boleh usha sendiri gambar-gambar artir yg ditampal di board. Memang awesome rasa char koey Teow Pak Mid walaupun agak mahal sedikit. Biasalah depan hotel jer….

Keesokan harinya tiba masanya utk pulang ke Kulim. Bercuti sambil bekerja pun dah selesai! Bagi sayalah memang terbaik Bayview Hotel Penang ni jika korang ingin bercuti sekeluarga di sini. Setakat ni saja aku sempat kongsikan. Rasanya dah panjang lebar aku ceritakan…walaupun banyak lagi aktiviti yg aku rahsiakan…haha…tq bg yg sudi baca artikel ini.


Loading...

Tags: #Bayview #Beach #Bekerja #Bercuti #Penang #Resort #Sambil

author
Author: 
    Aku Mahu Hidup (TV9)
    Aku Mahu Hidup (TV9)
    Saksikan telefilem Aku Mahu Hidup arahan Raja
    Sinopsis Telemovie Dosa Perempuan
    Sinopsis Telemovie Dosa Perempuan
    Tajuk : Dosa Perempuan Tarikh : 23
    Sinopsis Telemovie Nur 3 Pagi
    Sinopsis Telemovie Nur 3 Pagi
    Tajuk : Nur 3 Pagi Tarikh :
    Sinopsis Telemovie Janji Allah
    Sinopsis Telemovie Janji Allah
    Tajuk : Janji Allah Tarikh : 22

    Leave a reply "Bercuti Sambil Bekerja Di Bayview Beach Resort Penang"

    Must read×

    Top