Berapa Jauhkah Sebelum Minyak Habis?

In Terkini 65 views
JANGAN sesekali ambil risiko memandu kenderaan yg kekurangan bahanapi. Ia mampu menyebabkan kerosakan kenderaan malah kecelakaan. Jarum penunjuk kadar bahanapi dlm kereta anda tak boleh diharapkan sepenuhnya sbg panduan mutlak.

                      Image result for meter minyak

Pengeluar-pengeluar kereta dikatakan biasanya memperuntukkan ruang sekurang-kurangnya 3.8 liter utk minyak simpanan rizab yg diperlukan utk sampai ke stesen minyak.

Selalunya kebanyakan antara kita akan sempat mengisi minyak sebelum kereta tersadai di tepi jalan. Tetapi ada juga yg tak memperdulikannya dan kemudian terhenti di tengah jalanraya. Ini amat menyusahkan. Ia juga mungkin boleh merosakkan kereta anda. Dan berbahaya jika terhenti di kawasan yg pesat dgn trafik.

Menurut Ed Mosher, seorang pakar prestasi enjin dan bekas mekanik kereta, ada perkara tentang sistem bahanapi yg kita perlu tahu. “Kebanyakkan kereta-kereta baharu menggunakan pam bahanapi dikuasai elektrik, dan bahanapi ini turut menyejukkan pam itu apabila ia digunakan,” jelas beliau.

“Malahan, apabila cuaca panas, dan tahap bahanapi anda rendah, anda menghadapi risiko pengurangan baki bahanapi kerana ia meruap dgn cepat,” tambah beliau.

Cuaca dingin juga boleh menimbulkan masalah jika tahap bahanapi rendah.
“Udara dlm tangki minyak boleh memeluwap, dan ini boleh merosakkan kualiti bahanapi,” kata Mosher.

“Ini boleh menyebabkan masalah suntikan injektor bahanapi, kerana ketulan kristal ais mungkin akan terbentuk pd pam bahanapi, dan ini akan menjejaskan tahap pemanduan. Tetapi ia jarang berlaku walaupun di negara sejuk, kerana terdapatnya bahan tambah dlm bahanapi yg menghalang ia dr menjadi beku. Akan tetapi, ia tetap berisiko.”

Laman web TankOnEmpty.com mengumpul data ini serta maklumat dr pemandu-pemandu utk mendapatkan jarak sebenar.

Di bawah ialah jarak yg dilaporkan (dalam kilometer) yg boleh dicapai sebelum kereta anda terhenti kerana kehabisan bahanapi.

Toyota RAV-4 = 51.30
Honda CR-V = 53.5
Nissan Teana = 66.81
Nissan X-Trail = 69.42
Toyota Camry = 69.73
Honda Civic = 69.89
Toyota Corolla = 75.14
Honda Accord = 75.39

Ini hanyalah rujukan kasar, dan bukan maklumat yg tepat. Perlu juga diketahui jika anda kerap menggunakan brek dan penekan minyak, kadar penggunaan bahanapi akan menungkat.

Tags: #Berapa #Habis #Jauhkah #Minyak #Sebelum

author
Author: 
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh

    Leave a reply "Berapa Jauhkah Sebelum Minyak Habis?"

    Must read×

    Top