Beli Tiket Bas Online Dari Malaysia Ke Singapura

In Terkini 113 views

Bagaimana cara membeli tiket bas online dr Malaysia ke Singapura? Tahu laman web atau portal yg menyediakan pembelian tiket bas secara online? Caranya sangat mudah kerana terdapat dua laman web yg menawarkan pembelian tiket bas online utk perjalanan dr Kuala Lumpur ke Singapura atau dr Singapura ke Kuala Lumpur.

Beli Tiket Bas Online Dari Malaysia Ke Singapura
Beli Tiket Bas Online

Beli Tiket Bas Online di Singapura dan Malaysia

Anda diberi dua pilihan utk membeli tiket bas online melalui dua portal ini ;

● CatchThatBus.com
● Busonlineticket.com

Laman-laman web di atas adalah portal penempahan tiket bas secara online di Malaysia yg dapat memudahkan dan menjimatkan masa anda. Melalui portal ini anda tak perlu bersusah payah pergi menempah tiket di kaunter yg memakan masa agak lama.

Menukar “Boarding Pass” di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Jika anda menaiki bas di Terminal Bersepadu Selatan, anda perlu mendapatkan “boarding pass” di kaunter pertukaran terlebih dahulu. Tahu cara nak tukar tiket bas online utk boarding pass? Ini caranya sbg contoh anda pilih CatchThatBus.com, apa yg anda perlu buat setelah berjaya menempah secara online di mana-mana portal tempahan tiket bas.

Anda akan terima satu email pengesahan detail tiket yg akan dihantar kpd anda.

Beli Tiket Bas Online Dari Malaysia Ke Singapura
Email Pengesahan Akan Diterima

Anda perlu cetak email ini dan perlu serahkan ke mana-mana kaunter pertukaran “boarding pass” yg terletak di tingkat kaunter-kaunter tiket dan pintu-pintu berlepas. Sila cari Kaunter E, F, G atau H.

Berikut adalah contoh boarding pass yg anda akan terima setelah membuat pertukaran di Kaunter E, F, G dan H.

Beli Tiket Bas Online Dari Malaysia Ke Singapura
Contoh Boarding Pass

Semua maklumat tertera pd boarding pass ini termasuklah pintu berlepas. Anda lihat di atas adalah Gate 18 sbg pintu berlepas. Selepas itu, anda serahkan boarding pass ini kpd pegawai keselamatan di pintu berlepas utk ke platform bas.

Tempat-tempat Turun Bas di Singapura

● Singapore Flyer
30 Raffles Ave
Singapore 039803

● Golden Mile Complex
Singapore

● The Plaza
7500A the Plaza at Beach Road B1- 307
Singapore 199591

Bagaimana Cara Membeli Tiket Bas Online

Untuk pengetahuan anda, pembelian tiket bas secara online sangatlah mudah dan cepat. Apa anda perlu buat layari ke portal-portal yg menyediakan tempahan tiket bas secara online.

Sila klik laman panduan membeli tiket bas online yang telah saya sediakan kpd anda utk memahami proses-proses atau prosedur yg perlu dilakukan.

Semoga informasi ini dapat membantu dan memudahkan anda utk pergi melancong ke Singapura hanya melalui platform bas dgn membuat tempahan tiket online di sini.

Gambar kredit belitiketbas

Tags: #Beli #Dari #Malaysia #Online #Singapura #Tiket

author
Author: 
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Nantikan adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November

    Leave a reply "Beli Tiket Bas Online Dari Malaysia Ke Singapura"

    Must read×

    Top