Ayam Betutu Bali

In Makanan 31 views

Ayam Betutu Bali

Bahan-bahan
1 ekor ayam, buang bahagian dlm
1 biji limau nipis
1 sudu teh garam

Cuci bersih ayam, lumur dgn jus limau dan garam, biarkan selama 10 minit.

Bahan Kisar
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
6 tangkai cili merah
2 batang serai, bahagian putih
1 inci belacan atau 1/2 kiub pati ikan bilis
2 cm kunyit hidup
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cm halia
2 cm lengkuas
Garam dan gula merah secukupnya

Hiris semua bahan dan kisar hingga halus.

Bahan Isi
100 gram pucuk ubi, celur dan hiris halus
4 helai daun limau purut, hiris
Minyak utk menumis

Daun pisang utk membungkus
Tali dan lidi

Cara Penyediaan :
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.  Angkat dan bahagikan tumisan kpd 2 bahagian.
Satu bahagian dicampurkan dgn daun ubi dan daun limau purut, Gaul hingga rata.
Satu bahagian lagi di lumurkan pd ayam.  Cucuk badan ayam di beberapa tempat dgn garpu supaya bahan tumisan menyerap ke dlm.
Sumbat tumisan daun ubi ke dlm rongga ayam hingga pdt.  Semat bahagian bawah dgn lidi supaya isinya tak terkeluar.

Bungkus ayam dgn daun pisang dan ikat.

Masukkan ke dlm pengukus dan kukus selama 25 minit.  Angkat dan sejukkan dahulu.
Keluarkan daun pisang dan panggang ayam tadi di dlm oven pd suhu 200C hingga masak.
Sajikan ayam dgn dibelah bersama isinya.

Ayam Betutu Bali

Loading...

Tags: #Ayam #Bali #Betutu

author
Author: 
    Roti John
    Roti John
    Roti John Bahan Inti Daging atau Ayam2
    Dendeng Daging
    Dendeng Daging
    Dendeng DagingBahan-bahan1 kilo daging lembu dipotong ketulan
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta MarinaraBahan-bahan300 g penne pastaSedikit garam100
    Kerabu Buah Beka
    Kerabu Buah Beka
    Kerabu Buah Beka Bahan-bahan1 biji buah beka1

    Leave a reply "Ayam Betutu Bali"

    Must read×

    Top