Asam Pedas Ikan Pari

In Makanan 62 views

Asam Pedas Ikan Pari
Sumber :  CMG @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan
600 gram ikan pari
12 batang bendi muda
1 biji tomato, belah 6
1 genggam daun kesom
1 kiub ikan bilis (optional)
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca teh pes asam jawa
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji cili merah, buang biji

Cara-cara :

  1. Ikan pari dipotong ikut suka, cuci dan perap dgn jus limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan kerat sedikit pangkalnya. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dlm periuk (anggaran 4 camca besar). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 600ml), biar mendidih. Masukkan ikan pari, bendi dan daun kesom, kacau dan masak hingga ikan masak dan bendi lembut. 
  4. Masukkan lada hitam, kiub ikan bilis, tomato, garam secukup rasa dan sedikit gula. masak sekejap.  Angkat dan hidangkan bersama nasi putih, sayur dan telur dadar
    Asam Pedas Ikan Pari

    Tags: #ASAM #IKAN #PARI #PEDAS

    author
    Author: 
      Kaswi Durian
      Kaswi Durian
      Kaswi Durian By Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan300gm isi
      Sambal Kuinin
      Sambal Kuinin
      Sambal KuininBahan-bahan2 biji buah kuini setengah masak2
      RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS
      RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS
      RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS BAHAN-BAHAN ikan bilis
      Sambal Strawberry
      Sambal Strawberry
      Sambal StrawberryBahan-bahan1 packet buah strawberry (20 biji)6

      Leave a reply "Asam Pedas Ikan Pari"

      Must read×

      Top