Apam Labu Soya Yeo’s

In Makanan 69 views

Berkat Dirasa Bersama – Yeo’s Ramadan

Ramadan adalah bulan yg dipenuhi rahmat dan berkat drNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dlm pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dlm setiap hubungan yg baik spt keluarga, rakan-rakan, atau dlm setiap rasa syukur yg dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sbg tangan yg menghulurkan kpd mereka yg memerlukan. Berkat, dr sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dr rasa syukur kpd yg Esa.
Hari ini 26 May 2017, semua umat Islam mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yg mulia.  Antara juadah pemanis mulut yg menjadi kegemaran berbuka adalah kuih muih.  Apa kata kita amalkan berbuka dgn kuih muih yg lebih berkhasiat menggunakan Susu Soya Yeo’s. Membuat kuih muih sendiri adalah lebih baik dr membeli di pasar malam kerana terjaga kebersihannya dan terjamin kesegarannya.
Untuk kuih muih Ramadan ini cubalah Apam Labu Soya Yeo’s yg berkhasiat dan menyihatkan kerana ia menggunakan ramuan dr buah labu dan susu soya menggantikan santan.  Amalkan cara hidup sihat sepanjang masa terutama di bulan Ramadan ini 😀

Apam Labu Soya Yeo’s
Bahan A
125 gm isi labu kukus
1 biji telur
60 gm gula pasir
100 ml susu soya Yeo’s
30 ml minyak sayur
1/2 sudu kecil yis segera
Bahan B – Ayak
160 gm tepung gandum
40 gm tepung beras
1 sudu teh baking powder

Penyediaan :
Panaskan pengukus, masukkan acuan lompang dan panaskan sebentar.
Masukkan semua bahan A ke dlm pengisar, kemudian kisar hingga sebati.
Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kisar hingga rata.  Tapis ke dlm jug kecil.
Tutup dgn plastik dan rehatkan adunan selama 15 minit.
Tuang 3/4 penuh ke dlm acuan lompang atau paper cup, tabur bijan jika suka.
Kukus dgn api yg besar selama 15 minit atau hingga masak.
Apam Labu Soya Yeo’s

Berkat di rasa Bersama, adalah lebih bermakna kerana kita gandakan kebaikannya Bersama mereka yg ada disekeliling kita. Yeo’s Malaysia ingin mengambarkan Ramadan sbg bulan yg penuh Berkat dan cara terbaik utk menikmatinya adalah dgn dirasai Bersama. Jadi gandakan rasa itu dgn berkongsi minuman Yeo’s di bulan Ramadan yg mulia ini!

Loading...

Tags: #Apam #Labu #Soya #Yeo’s

author
Author: 
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala IkeaBahan-bahan500 gm daging lembu
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang BrocoliBahan-bahan3 ulas bawang merah –
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317By Kak
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard CakeBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan430gm

    Leave a reply "Apam Labu Soya Yeo’s"

    Must read×

    Top