Aidil Aziz Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati!

In Terkini 72 views
Baru-baru ini industri hiburan tanah air digemparkan dgn kes pelakon drama Lara Terindah, Aidil Aziz yg ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah dan senjata berbahaya.
Dua  lagi suspek yg ditangkap bersama Aidil ialah seorang penganggur Omar Sayeed Ghulam Mohammad, dan  seorang pekerja pengurusan IT warganegara Fillipina, R.Guevara Cortez. Jika didapati bersalah, Aidil Aziz dan dua rakannya berdepan hukuman mati di tali gantung.
Namun semalam, Mahkamah Majistre memutuskan Aidil Aziz dan dua rakannya terlepas hukuman gantung sampai mati selepas meminda pertuduhan yg dihadapi mereka drpada mengedar dadah jenis ganja kpd memiliki dadah itu.
Pertuduhan itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
ARTIKEL MENARIK:- Inilah PUNCA SEBENAR Bekas Permaisuri Agong Failkan Tuntutan Hutang RM2 Juta!
Bagaimanapun. Aidil, atau nama penuhnya, Mohd. Aidil Abdul Aziz, 29, serta dua lagi suspek me­ngaku tak bersalah terhadap pertuduhan pindaan tersebut.
Omar Sayeed merupakan anak kpd seorang Datuk Seri manakala Guevara merupakan rakyat Filipina.
Mengikut pertuduhan, masing-masing didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis ganja seberat 18.39 gram di sebuah rumah di Ampang Ulu, di sini pd 12.40 tengah hari, 24 September lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yg membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-dua­nya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 kpd Aidil yg diwakili peguam bela Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin dan Guevara diwakili Afifuddin Ahmad Hafifi.
Omar Sayeed pula diwakili peguam G. Jaya Prem tak dibenarkan jaminan kerana tertuduh mempunyai satu lagi kes di Mahkamah Sesyen.

Tags: #Aidil #Aziz #Gantung #Hukuman #Mati #Sampai #Terlepas

author
Author: 
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Nantikan adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November

    Leave a reply "Aidil Aziz Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati!"

    Must read×

    Top