7 Cara utk Menjadi Cantik Sepanjang Masa

In Gaya Hidup 55 views

Cara Untuk Kelihatan Cantik Sepanjang Masa

7 Cara utk Menjadi Cantik Sepanjang Masa

Setiap orang dilahirkan dgn kecantikan dan kelebihan tersendiri. Pastinya semua orang

mahu kelihatan cantik dan menarik terutamanya wanita. Namun, masih ada yg

menganggap bahawa diri mereka tak cantik. Jika sedemikian, anda boleh mengikuti

langkah-langkah berikut utk menjadi cantik sepanjang masa. Jangan ubah diri anda

menjadi orang lain apatah lagi melakukan pembedahan kosmetik bg kelihatan cantik.

Jangan buatkan orang lain sukakan anda kerana rupa , tetapi buatkan mereka menyukai diri

anda yg sebenarnya.

Langkah-langkah:

1. Bina Keyakinan – Cara Untuk Kelihatan Cantik

Dengan membina keyakinan diri, ini akan membantu anda utk memahami kecantikan

semula jadi diri anda. Berdiri tegak. Senyum pd diri anda. Perhatikan perkara-perkara yg

positif. Jika anda perasan akan kecacatan pd diri anda, baiki atau betulkan. Mungkin anda

boleh cuba langkah-langkah yg berikutnya.

2. Jaga Kulit dan Badan – Cantik Sahaja Tidak Mencukupi

Pastikan anda menjaga kebersihan diri kerana ia penting utk kelihatan cantik . Mandi setiap hari

untuk mendapatkan bau yg harum dan segar. Basuh badan anda dgn cecair mandian yg

berbau harum dan basuh rambut anda selang sehari. Jika anda basuh setiap hari, kulit kepala akan

menjadi kering dan berkelupas. Jika rambut anda semula jadi berminyak, gunakan syampu yg

bersesuaian utk menghalang rambut drpada menghasilkan minyak berlebihan. Basuh rambut

dengan mengurut kulit kepala dgn syampu menggunakan hujung jari anda. Bilas dan ulang

sebanyak 2 kali. Kemudian basuh dgn kondisioner utk rambut yg bersinar dan

menghalang drpada kusut. Urut rambut anda selama 20 saat dan biarkan selama 2 minit.

Bilas dan ulang lagi.

Selain penjagaan rambut , anda juga digalakkan menggunakan deodoran bg memastikan

diri anda segar dan menghalang bau badan kerana kelihatan cantik saja tak mencukupi jika badan

berbau. Bagi penjagaan muka pula, basuh muka secara tetap. Ini akan menghalang pori-pori drpada

tersumbat dan membantu menghilangkan jerawat. Gunakan pembersih muka tanpa minyak

2 kali sehari dan di dlm masa seminggu atau 2 minggu , kulit anda akan menjadi lebih

bersih. Anda harus ingat utk melembapkan muka anda dgn air suam sebelum

membasuh muka kerana ia akan membuka pori-pori . Bilas dgn air sejuk selepas anda

membasuh muka utk menutup pori-pori .

3. Merapikan Rambut

Rambut ialah mahkota wanita. Kekalkan rambut anda yg semula jadi. Anda boleh

menambah aksesori pd rambut dan membuat beberapa gaya rambut yg comel. Cuba

untuk memotong rambut anda selalu bg mengelakkan rambut tumbuh bercabang kerana ini salah

satu cara utk kekal kelihatan lebih cantik. Berhati-hatilah apabila menggunakan alatan yg

dipanaskan terutamanya mesin pengering rambut kerana akan merosakkan rambut anda dan akhirnya

menyebabkan rambut bercabang di hujungnya.

4. Mengenakan Solekan Muka – “Simple Tapi Cantik”

Anda haruslah mencuba utk tak terlalu ghairah dgn solekan utk tampak cantik.

Tampilkan diri anda yg semula jadi. Jika anda perlu bersolek, memakai sedikit maskara,

mengenakan celak, pengilat bibir dan sedikit bedak asas. Gunakanlah bedak asas cecair kerana ia

membuatkan kulit anda lebih semula jadi dan berpadanan dgn kulit.

5. Melakukan Senaman – Kekal Cergas Dan Cantik

Lakukan senaman sekurang-kurangnya 60 minit sehari dan dlm masa seminggu , anda

akan perasan berat badan akan berkurangan dan otot badan menjadi lebih kuat. Anda

diingatkan supaya mengurangkan berat badan jika Indeks Jisim Tubuh anda adalah tinggi

daripada kadar purata kerana ini dapat membantu anda kelihatan lebih cantik.

6. Makan Makanan yg Menyihatkan

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran memberikan anda tenaga yg diperlukan dan

membuatkan anda sihat dan hebat. Ia juga membaiki kulit muka ia lebih sihat dan cantik.

Ambil bahagian hidangan yg dicadangkan di dlm piramid makanan dan pastikan anda mendapat

zat yg diperlukan. Jangan lupa minum cukup air. Air melindungi kita drpada masalah kesihatan

dan boleh membuatkan kulit anda berseri-seri.

7. Jadilah Diri Sendiri – Unik 

Menjadi individu yg unik akan membuatkan anda lebih hebat .Mempunyai personaliti

semula jadi akan membuatkan anda menonjol dgn cara yg positif kerana ia mempunyai daya

kecantikan yg tersendiri.

Tags: #Cantik #Cara #Masa #Menjadi #Sepanjang

author
Author: 
    Kepentingan dan Cara utk Memupuk Imej Tubuh yg Positif.
    Kepentingan dan Cara utk Memupuk Imej Tubuh yg Positif.
    Kita sering dihidangkan dgn kesempurnaan di media
    Kebaikan dan Manfaat Meditasi
    Kebaikan dan Manfaat Meditasi
    “Dalam meditasi, penyembuhan boleh berlaku. Bila minda
    Cara Makan Buah-Buahan yg Betul
    Cara Makan Buah-Buahan yg Betul
    Anda suka makan buah-buahan?  Tahukah anda cara
    4 Sebab Kenapa Bawang Putih Perlu Menjadi Rencah Wajib Dalam Hidangan
    4 Sebab Kenapa Bawang Putih Perlu Menjadi Rencah Wajib Dalam Hidangan
    Puas kita mencari pelbagai ubat-ubatan dan makanan

    Leave a reply "7 Cara utk Menjadi Cantik Sepanjang Masa"

    Must read×

    Top