6 Sebab Mengapa Enjin Kereta Tidak Boleh Start

In Terkini 923 views
MESTI hampir semua orang yg mempunyai kereta sendiri pernah menghadapi masalah ini kan? Awal pagi nak pergi kerja, bila masuk kereta, cuba start kereta, enjin pula tiba-tiba tak mahu hidup. Ingin tahu apakah punca enjin kereta anda tak boleh start?

6 Sebab Mengapa Enjin Kereta Tidak Boleh Start

6 Sebab Mengapa Enjin Kereta Tidak Boleh Start

Berikut adalah 6 sebab mengapa enjin kereta tak boleh start:

1. Bateri Kong

Inilah punca pertama mengapa enjin kereta tak boleh hidup. Buat macam mana pun kereta tak mahu juga hidup, lepas kena jumper baru hidup. Maksudnya bateri kereta anda dah kong. Bila bateri kereta kong, ianya tak boleh mengecas dan membekalkan kuasa elektrik kpd kereta utk menghidupkan enjin.

Jika pakai bateri sel basah, selalulah cek air bateri sebelum memandu lihat paras aor bateri ok ke tak. Kalau pakai sel kering memang tak boleh cek jadi sentiasa alert dgn tanda tanda bateri nak kong.

2. Kabel Bateri Kotor

Bila start enjin, langsung tak ada bunyi. Bunyi kosong bermaksud tiada bunyi crank .. crank .. atau bunyi klik pun tak ada.

Ini adalah disebabkan kabel penyambung bateri dan kepala bateri kereta anda sudah berkarat dan kotor. Segala karat dan kekotoran ini akan menyebabkan kuasa dr bateri tak sampai pd kereta anda. Untuk atasi masalah ini, sila bersihkan kabel dan kepala bateri anda dr segala kekotoran.

3. Spark Plug Rosak

Bila nak start kereta ada bunyi crank..crank … Lampu semua menyala, tetapi enjin tak hidup. Ini bermaksud spark plug anda sudah rosak. Bila spark plug rosak, kereta tak boleh ignite.

Kalau nak tahu, spark plug juga adalah antara punca kereta punya pick-up jatuh, terutamanya bila naik bukit. Kita tekan minyak macam mana pun, kereta tetap rasa perlahan dan berat. Itu petanda awal bg kerosakan spark plug kereta anda.

4. Starter Rosak

Permulaan berfungsi utk menghidupkan kereta dan menggerakkan piston. Bila starter rosak, ia akan kehilangan tenaga utk menggerakkan sistem pembakaran dlm enjin kereta. Akibatnya, pusing kunci macam mana pun, kereta takkan start kerana starter sudah rosak. Jadi kenalah ganti yg baru secepat mungkin.

5. Fuel Filter Tersumbat

Bila fuel filter tersumbat, minyak kereta tak akan dapat masuk ke dlm enjin kereta. Bila minyak kereta tak dapat masuk ke dlm enjin, sistem pembakaran dan pergerakan piston tak akan terhasil.

Jadi sila pastikan fuel filter anda selalu diperiksa masa servis utk mengelakkan kejadian yg tak diingini berlaku.

6. Minyak Kereta Habis

Bagi masalah minyak kereta habis merupakan kelalaian kita sendiri kerana tak alert dgn minyak kereta yg masih ada.

Kadang kadang sebab meter minyak rosak jadi susah nak pastikan berapa banyak lagi minyak yg ada dlm tangki minyak.

Semoga bermanfaat utk anda!


Carian Berkaitan

punca kereta tak boleh start, kenapa kereta tak boleh start, kereta tak boleh start tak ada bunyi, kereta tidak boleh start

Loading...

Tags: #Boleh #Enjin #Kereta #Mengapa #Sebab #Start #Tidak

author
Author: 
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    KAKAK IPARKU MEMANG WINIrfan tak sabar menunggu
    Drama Awak Sayang Saya Tak Lakonan Alvin Chong, Emma Maembong
    Drama Awak Sayang Saya Tak Lakonan Alvin Chong, Emma Maembong
    Nantikan drama adaptasi novel Awak Suka Saya
    Festival Filem Malaysia 29 FFM29 ( 2017)
    Festival Filem Malaysia 29 FFM29 ( 2017)
    Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29)
    Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak
    Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak
    Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula

    Leave a reply "6 Sebab Mengapa Enjin Kereta Tidak Boleh Start"

    Must read×

    Top