6 Perbezaan Diantara Aplikasi WhatsApp Dan Telegram

In Terkini 50 views
SEBUT saja tentang aplikasi permesejan pd telefon pintar pastinya aplikasi WhatsApp dan Telegram antara yg menjadi pilihan orang ramai. Baik dr segi fungsi yg tersedia mahupun bilangan pengguna yg begitu ramai.

                 6 Perbezaan Diantara Aplikasi WhatsApp Dan Telegram

Terdapat beberapa fungsi yg tersedia pd WhatsApp yg tak terdapat pd Telegram pd ketika ini.

Berikut merupakan 6 perbezaan antara aplikasi Whatsapp dan Telegram:

1. Panggilan

Penyediaan fungsi panggilan ini ternyata agak membantu meskipun terdapat sedikit ‘delay‘ ketika menggunakannya. Untuk pengguna iOS, mungkin mereka lebih selesa menggunakan FaceTime.

Bagi pengguna Android, WhatsApp Calls atau panggilan menggunakan aplikasi Messenger antara pilihan yg ada. Fungsi panggilan ini nampaknya tak tersedia pd aplikasi Telegram.

2. Penerimaan mesej

Jika dahulunya cara penerimaan mesej pd aplikasi WhatsApp dan Telegram mungkin sama. Namun semuanya berubah setelah WhatsApp memperkenalkan blue tick. Melalui fungsi ini, pengguna dapat mengetahui, sama ada mesej tersebut diterima atau tak melalui bilangan tick seterusnya warna bertukar biru apabila mesej dibaca. Kami dapati ramai yg kurang selesa dgn fungsi blue tick ini.

Telegram pula masih mengekalkan cara yg klasik dan disenangi ramai dgn penggunaan single dan double tick sahaja.

3. Status

Melalui kemaskini terbaru WhatsApp, aplikasi ini telah menambah sebuah lagi fungsi terbaru iaitu WhatsApp status. Sama spt Facebook dan Instagram, pengguna dapat memuatnaik gambar atau video yg diingini utk tontonan umum.

4. Perkongsian fail

Satu perkara yg paling kami suka dgn Telegram ini adalah sokongan perkongsian fail yg besar. Nyatakan sahaja sama ada anda mahu berkongsi fail berbentuk pdf, mkv, avi semuanya disokong dgn had perkongsian hingga 1.5 GB. Tidak perlu lagi menggunakan file sharing website dan sbgnya, hanya dgn Telegram sahaja sudah cukup memadai.

5. Group dan channel

WhatsApp dan Telegram mungkin berkongsi fungsi yg sama mengenai melalui sokongan group yg disediakan. Namun, apa yg lebih menarik mengenai Telegram group adalah kebolehan utk menyertakan hingga 1,000 ahli di dlm satu group.

Selain itu, perkongsian melalui channel sering disediakan buat laman web atau portal yg ingin berkongsi maklumat secara satu hala. Sesuai utk sebarang pemberitahuan informasi atau konten terbaru.

6. Sekuriti

Tidak banyak perbezaan yg banyak dilihat selepas WhatsApp mengemaskini aplikasi mereka melalui update terbaru. Namun penyediaan fungsi ‘secret chats‘ membolehkan mesej dipadam setelah beberapa ketika mungkin antara fungsi tambahan buat para pengguna.

Penawaran wang sebanyak $ 200,000 buat sesiapa yg berjaya menggodam sistem mereka antara faktor yg membuatkan orang ramai yakin dgn aplikasi ini.

Satu kelebihan terbesar aplikasi WhatsApp ketika ini adalah disebabkan bilangan penggunanya yg ramai. Majoriti pengguna khususnya di Malaysia mempunyai WhatsApp pd smartphone mereka berbanding Telegram.


Loading...

Tags: #Aplikasi #Diantara #Perbezaan #Telegram #WhatsApp

author
Author: 
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Tajuk : Lari hantu Lari Tarikh :
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Tajuk : Zahir Tak Terucap Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Opah Dot Com
    Sinopsis Telemovie Opah Dot Com
    Tajuk : Opah Dot Com Tarikh :

    Leave a reply "6 Perbezaan Diantara Aplikasi WhatsApp Dan Telegram"

    Must read×

    Top