6 Komponen Aircond Kereta Yang Sering Berlaku Kerosakan

In Terkini 118 views
KALI ini ingin saya kongsikan tentang masalah kenderaan anda iaitu komponen-komponen aircond yg selalu mengalami kerosakan dan tanda-tanda biasa yg selalu dijumpai utk kerosakan komponen aircond tersebut agar ianya dapat membantu anda dlm menangani kerosakan pd sistem aircond.

6 Komponen Aircond Kereta Yang Sering Berlaku Kerosakan

Bagaimanakah cara menjaga aircond anda agar bertahan lebih lama? Dan bagaimana cara utk mengetahui komponen aircond yg mengalami kerosakan pd kenderaan anda?

6 Komponen Aircond Kereta Yang Sering Berlaku Kerosakan

Berikut adalah beberapa komponen yg sering mengalami kerosakan pd aircond:

1.Compressor

Tanda-tanda kerosakan pd kompressor adalah bila suhu dlm kereta jadi panas yg ketara dan berbunyi bising bila aircond dihidupkan. Bila terdapat tanda spt ini semak dgn merasa sekeliling kompressor, jika terdapat kotoran berkeladak hitam kompressor tersebut berkemungkinan telah rosak.

2.Cooling Coil

Jika aircond kurang sejuk dan terdapat kabus spt asap putih tebal dlm kereta kemungkinan besar cooling coil anda rosak adalah tinggi. Kebocoran kecil dan besar pd cooling coil boleh mengakibatkan suhu dlm kereta jadi panas. Bau gas aircond dlm kereta juga akan dapat dihidu jika terdapat kebocoran pd cooling coil. Kerosakan ini boleh dibaiki dgn menukar yg baru atau melakukan servis pd cooling coil dan menampal kebocoran pd cooling coil tersebut.

3.Valve Aircond

Valve ini bertindak mengawal suis automatik pd keseluruhan sistem aircond menggunakan kesejukan suhu pd cooling coil. Untuk itu apabila ianya rosak, aircond kereta menjadi tak menentu kadangkala panas dan kadangkala sejuk. Jika tanda spt ini ketara, hantarkan kereta anda ke bengkel utk servis aircond anda.

4. Aircond Fan

Komponen ini jarang rosak tetapi jika rosak bukan sahaja aircond anda tak sejuk sama sekali malah suhu enjin akan meningkat lebih drpada biasa (overheated). Gantikan kipas aircond atau motor kipas jika suhu enjin anda meningkat.

5.Condenser

Banyak kereta yg mengalami masalah kondenser tetapi banyak juga mekanik kereta tak mengambil kira kerosakan pd kondenser. Walaupun ramai di antara pengguna kenderaan telah melakukan servis serta semua komponen telah disahkan berfungsi tetapi aircond masih tak sejuk ini adalah petanda utama kerosakan pd kondenser.

Kerosakan pd kondenser akan lebih senang diketahui jika enjin anda mengeluarkan bunyi lebih kasar dan sedikit bising apabila tekanan pd pedal minyak ditambah.

6.Gas Aircond

Jika suhu kesejukan terasa sedikit kurang dan tolok suhu dlm kereta terpaksa ditingkatkan kemungkinan besar gas aircond anda telah kurang adalah tinggi juga. Tambah gas aircond bila berkeadaan demikian. Harus diingat juga tolok suhu ini jangan di letak pd tahap maksima apabila keadaan aircond anda elok, ini boleh menyebabkan aircond valve anda cepat rosak.Tinggikan tahap tersebut sedikit demi sedikit apabila terasa kurang sejuk.

Semoga bermanfaat kpd penguna kenderaan!


Carian Berkaitan

Bagaimana menampal kebocoran pd aircon, komponen aircond kereta, tanda gas air cond kereta kurang, komponene apakah yg akan rosak jika kondensor berlaku kerosakan

Loading...

Tags: #Aircond #Berlaku #Kereta #Kerosakan #Komponen #Sering #Yang

author
Author: 
    Drama Red Velvet – Neelofa dan Alif Satar
    Drama Red Velvet – Neelofa dan Alif Satar
    Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya
    Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar, Neelofa
    Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar, Neelofa
    Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya
    Telefilem Negaraku 16 September (2017)
    Telefilem Negaraku 16 September (2017)
    SINOPSIS NEGARAKU 16 SEPTEMBERMengisahkan antara seorang pemimpin
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    KAKAK IPARKU MEMANG WINIrfan tak sabar menunggu

    Leave a reply "6 Komponen Aircond Kereta Yang Sering Berlaku Kerosakan"

    Must read×

    Top