5 Tempat Menarik Bercuti di Sydney

In Terkini 199 views
TAHUKAH anda tentang tempat yg menarik ada di Sydney, Australia. Mesti anda tercari-cari manakah ke destinasi yg harus anda tujui apabila sampai di Sydney. Sydney amat sinonim dgn lokasi pelancongan yg cantik dan indah selain nempunyai bangunan bersejarah yg masih tersergam hingga hari ini. Apa yg menarik ada di Sydney ini? Jom lihat dibawah!

5 Tempat Menarik Bercuti di Sydney


5 Tempat Menarik Bercuti di Sydney

1-Circular Quay

Menjadi tempat kelahiran bandar Sydney, Circular Quay adalah salah satu spot yg wajib dikunjungi. Di sekitar kawasan ini boleh ditemui pelbagai restoran, pub tua dan kedai menarik yg boleh dikunjungi.

Pelabuhan di Sydney ini berada di sebelah tepi utara dr daerah pusat perniagaan Sydney di Sydney Cove yg letaknya ada diantara The Rocks dan Bennelong Point dan menjadi sebuah kawasan kerajaan tempatan Sydney. Terdapat taman yg juga akan menjadi tempat anda berehat.

2-Museum Sydney

Beberapa pelancong mungkin berfikir bahawa bercuti di Sydney hanya akan ada pantai, namun Sydney juga mempunyai Muzium Sydney yg akan menyuguhkan wawasan budaya. Berada di bekas kediaman Gabenor Arthur Phillip, muzium ini memberikan banyak maklumat tentang sejarah ibu kota New South Wales dgn sesuatu yg lebih menghiburkan. Koleksi penemuan arkeologi serta alat yg digunakan Suku Orang Asli hingga gambar dan dokumen perkembangan bandar Sydney pun terdapat di muzium ini.

3-Bondi Beach

Merupakan pantai yg paling popular di Australia ini merupakan sebuah lokasi pelancongan yg akan menawarkan banyak tarikan dan aktiviti yg menyeronokkan. Tempat ini menjadi tempat para pelancong yg ingin belajar surfing.

Selain melayari, aktiviti lain yg tak kalah menyenangkan adalah bermain bola tampar, yoga dan bahkan berbelanja di restoran. Anda akan menjumpai banyak kafe, restoran dan kedai-kedai cenderamata di sekitar kawasan pantai tersebut.

4-SEA LIFE Sydney Aquarium

Bercuti bersama keluarga sudah tentu tak  akan lengkap jika tak melawat SEA LIFE Sydney Aquarium, terutama bila anda mengajak anak-anak. Menjadi salah satu akuarium paling besar di dunia, lokasi pelancongan ini menawarkan variasi habitat dan ekosistem di Australia yg tentunya sangat menarik dan menambah pengetahuan, spt halnya platipus dr Sungai Selatan, ikan tropika dr Great Barrier Reef, pinguin kecil dr Lautan Selatan, duyung di Mermaid Lagoon, serta buaya masin dr Sungai Utara.

5-Chinatown

Adakah anda mempunyai hobi spt suka membeli-belah? Sudah tentu Chinatown adalah spot pelancongan di Sydney yg harus dilawati kerana di sinilah tempat yg pas utk berpetualang serta memburu masakan Cina, aksesori telefon bimbit, serta mencari pelbagai ramuan herba. Taman yg terletak diantara Darling Harbour dan Central Station ini tepatnya boleh dikunjungi di Haymarket yg berpusat di Dixon Street. Kerana khusus utk para pejalan kaki, maka anda boleh berlenggang di tempat ini tanpa perlu bimbang ada kenderaan yg berlalu-lalang.

Bagi yg ingin bercuti di Australia, saya sarankan pergi bercuti bersama keluarga anda di Sydney yg mempunyai pelbagai tempat menarik dan daya tarikan tersendiri.

Tags: #Bercuti #Menarik #Sydney #Tempat

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "5 Tempat Menarik Bercuti di Sydney"

    Must read×

    Top