4 Sebab Bekerja Di Singapura

In Terkini 80 views
Masa tinggal di Johor, beberapa kali aku masuk ke negara Singapura atas urusan kerja. Memang atas jambatan boleh sangkut 3 hingga 4 jam kalau waktu puncak. Dah salah planning memang tak sempat nak gerak sebelum waktu puncak, jadi bersamalah merasai pengalaman mereka yg bekerja di Singapura tetapi stay di Johor.

Ramai yg cuba masuk mencari kerja di Singapura kerana kelebihan gaji yg dibayar dlm matawang Dollar dan harganya tiga kali ganda lebih tinggi dr matawang ringgit Malaysia. Memang sedap la!

Sesiapa yg berminat boleh mendapatkan ebook terkini bekerjadisingapura sbg panduan dan maklumat terkini. Ebook ini ditulis oleh seorang yg berpengalaman mencari kerja di Singapura iaitu Haniza Rashid. Dia juga menfokuskan mengenai strategi mencari kerja, dokumen-dokumen penting yg diperlukan, pengankutan ke tempat kerja dan hal-hal lain yg memudahkan pencarian kerja di singapura.

Antara Sebab Anda Perlu Bekerja di Singapura

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang 
Rasa point ini semua sudah sedia maklum. Matawang Malaysia yg mengalami kejatuhan beberapa tahun kebelakangan ini. 
Singapura adalah merupakan negara yg maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dr semasa ke semasa. Dua tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan. Maka, pendapatan anda ialah RM2,600. Kini, jika gaji anda masih SGD 1,000, pendapatan anda dlm ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dr majikan anda. gaji anda sudahpun bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah

Kenal sanggup redah trafik setiap hari. Pakai motor lagi senang dan lagi jimat!
Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yg pernah hangat suatu ketika dulu. Gaji yg ditawarkan, memang sangat lumayan iaitu RM15,000 sebulan katanya. Tetapi, utk bekerja di Australia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya. Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju. Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

3. Mudah Berpatah Balik

Berbalik kpd contoh bekerja sbg pemetik buah di Australia. Apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan “dijual” oleh agen anda malahan ada juga majikan yg tak mahu membayar gaji spt yg dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, utk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan utk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang. Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kpd anda. Anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dr RM50 utk pulang semula ke Malaysia.

4. Sah dan Kurang Risiko.

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dgn menggunakan permit kerja yg dikeluarkan oleh Ministry of Manpower [Singapura]. Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh drpada penipuan majikan. Tiada isu majikan tak membayar gaji spt mana yg berlaku di negara-negara lain yg mana, anda masuk dan bekerja secara haram. 

Tags: #Bekerja #Sebab #Singapura

author
Author: 
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Nantikan drama bersiri berjudul ‘Ahmad Rosli Arwahkan
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14

    Leave a reply "4 Sebab Bekerja Di Singapura"

    Must read×

    Top