15 Punca Permohonan BR1M 2017 Ditolak!

In Terkini 80 views

15 Punca Permohonan BR1M 2017 Ditolak! |Apa punca permohonan BR1M 2017 ditolak atau gagal? Sejak kelmarin lagi kecoh di media sosial selepas pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) memuatnaik dgn meluahkan rasa kecewa selepas permohonan mereka gagal disebabkan SSM dan Kad Debit Pelajar. Sudah pasti membuatkan pemohon rasa bengang kerana telah memenuhi syarat kelayakan yg ditetapkan bg penerima BR1M.

15 Punca Permohonan BR1M 2017 Ditolak!
Punca Permohonan BR1M 2017 Gagal

Kalau dilihat di Facebook penuh je moment di mana pemohon tak puas hati kerana gagal permohonan hanya disebabkan SSM dan Kad Debit Pelajar. Lebih malang, ada pula yg status bukan pelajar pun turut ditolak permohonan. Mungkin ada sebab dan mengapa permohonan BR1M 2017 anda ditolak mentah-mentah.

Untuk makluman anda, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yg dikemukakan oleh pemohon baru telah disemakan oleh beberapa agensi kerajaan yg ditetapkan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Akauntan Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan banyak lagi.

Berikut dikongsikan adalah beberapa punca dan sebab permohonan BR1M 2017 ditolak ;

1. Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tak perlu pengesahan.

2. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan perlu pengesahan.

3. Tidak mengemaskini permohonan BR dlm tempoh tiga tahun.

4. Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan SSM sekiranya perniagaan berdaftar.

5. Maklumat tanggungan tak lengkap

6. Pemohon merupakan pelajar yg menerima Kad Debit Pelajar.

7. Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan.

8. Nombor pengenalan pemohon tak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

9. Kesilapan semasa mengisi maklumat permohonan secara manual atau online.

10. Nama pemohon berbeza dgn data JPN.

11. Pemohon wujud sbg suami atau isteri pd permohonan lain atau suami/isteri telah membuat permohonan lain.

12. Pemohon individu kategori bujang wujud sbg tanggungan kpd pemohon kategori isi rumah.

13. Pemohon mendakwa sbg ketua kpd isi rumah, tetapi tak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan itu tak benar.

14. Permohonan ditolak kerana nama yg digunakan oleh pemohon yg lain sbg tanggungan.

15. Permohonan lebih satu kali

Diharapkan informasi ini dapat menjawab persoalan dan tanda tanya mengapa permohonan BR1M 2017 anda ditolak atas kesilapan menyatakan maklumat yg sahih. Kongsikan semoga bermanfaat.

Gambar kredit mysumber


Loading...

Tags: #2017 #BR1M #Ditolak #Permohonan #Punca

author
Author: 
    Kekasih Paksa Rela (TV3)
    Kekasih Paksa Rela (TV3)
    Nantikan drama bersiri Kekasih Paksa Rela akan
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Tajuk : Lari hantu Lari Tarikh :
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Tajuk : Zahir Tak Terucap Mula Tayangan

    Leave a reply "15 Punca Permohonan BR1M 2017 Ditolak!"

    Must read×

    Top