13 Tiang Cinta Lakonan Beto Kusyairy, Nina Iskandar

In Terkini 96 views

Saksikan telefilem khas sempena sambutan Hari Raya Korban berjudul 13 Tiang Cinta. Menampilkan lakonan Beto Kusyairy, Nina Iskandar, dan Shah Iskandar. Akan disiarkan pd Juamat ini, pukul 2.00 petang dan ulangannya pd 9.00 malam di saluran TVi RTM (Astro 109). Bagi mereka yg tak sempat utk menonton di TV, berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : 13 TIANG CINTA
TARIKH / MASA : Jumaat, 1 September 2017, 2.00 petang (Ulangan 9.00 malam)
SIARAN : TVi (RTM)
SKRIP : Siti Nur Akma
PENGARAH : Mikail Andre
TERBITAN : Associate Media Network Sdn Bhd
PELAKON : Beto Kusyairy, Nina Iskandar, Shah Iskandar, Siti Rawiyani

SINOPSIS 13 TIANG CINTA 
Mengisahkan Naim seorang pemuda yg sesat jalan dlm kehidupan. Pada satu hari Naim merampas beg tangan cikgu cantik bernama Uzma. Orang ramai menangkap Naim dan mahu menyerahkannya kpd polis. Namun Uzma merayu agar Naim dilepaskan memandang beliau telah mendapatkan balik begnya.
Naim tertarik dgn rupa dan baik hati Uzma. Maka Naim cuba mengekori Uzma namun tak berjaya. Semasa mencari Uzma, Naim bertemu dgn Imran, seorang Ustaz dan pendakwah bebas. Imran cuba menyebarkan agama Islam di sebuah kampung Orang Asli. Oleh kerana Naim tiada tempat tinggal, Imran mengajak Naim duduk dgnnya. Naim kemudiannya mula tertarik dgn kerja amal yg dibuat oleh Imran. Maka Naim turut mendalamkan pengetahuan mengenai Islam.
Pada satu hari Naim bertemu dgn Uzma yg mengajar di kampung Orang Asli itu. Mereka berkawan. Hubungan baik Imran dan Uzma membuatkan Naim cemburu. Dia menyebarkan fitnah tentang Ustaz Imran menyatakan dia datang ke kampung itu utk merampas tanah Orang Asli dan bukan semata mata utk berdakwah. Apabila Imran bersemuka dgn Naim, Naim mengaku beliau memfitnah Imran kerana cemburu terhadap perhubungan mesra antara mereka berdua.


Carian Berkaitan

13 tiang cinta full movie

Tags: #Beto #Cinta #Iskandar #Kusyairy #Lakonan #Nina #Tiang

author
Author: 
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh

    Leave a reply "13 Tiang Cinta Lakonan Beto Kusyairy, Nina Iskandar"

    Must read×

    Top