11 Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berbahaya

In Terkini 113 views
Penarikan dan larangan jualan produk kosmetik drpada pasaran oleh pihak berkuasa bukanlah perkara baru di negara ini. Semalam (12 April 2017) National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) telah mengeluarkan senarai produk yg didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yg tak dibenarkan dlm produk kosmetik.

                          11 Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berbahaya

Produk kosmetik yg mengandungi merkuri boleh menyerap masuk ke dlm badan dan menyumbang kpd kerosakan kpd buah pinggang dan sistem saraf. Bagi ibu hamil yg menggunakan produk mengandungi merkuri pula, ia boleh menjejaskan perkembangan otak bayi di dlm kandungan. Merkuri juga turut boleh menjejaskan otak kanak-kanak kecil.

Tretinoin yg digunakan utk produk merawat jerawat boleh menyebabkan bahagian kulit yg disapu menjadi kemerahan, tak selesa, pedih, mengelupas dan kulit menjadi sangat sensitif kpd cahaya matahari. Hydroquinone pula boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yg mengurangkan perlindungan kulit drpada pancaran sinar UV merbahaya dan sekaligus meningkatkan risiko kanser kulit. Selain drpada itu kulit yg disapu dgn hydroquinone menjadi kemerahan, tak selesa, dan bertukar menjadi sangat sensitif.

Menurut Azwadi Kamarudin, Pegawai Farmasi KKM, kawalan kosmetik di Malaysia sebenarnya telah dijalankan dgn baik oleh Bahagian Penguatkuasa Farmasi, KKM.

Namun begitu ujar beliau, “kami perlukan kerjasama anda para pengguna utk sama-sama bertindak dlm membanteras kegiatan yg tak beretika dan tak bertanggungjawab ini.”

Daripada senarai yg dikeluarkan oleh NPRA, berikut merupakan antara produk yg tak lagi dibenarkan sama ada diimport, dikilang, diedar dan dijual di negara ini. Pihak berkuasa juga telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan dikeluarkan dr pasaran.

1. Adel Miracle Flawless Serum.
Racun Berjadual yg dikesan : Merkuri

2. Adel Miracle Flawless Serum
Racun Berjadual yg dikesan : Merkuri

3. Ah Beauty Night Cream
Racun Berjadual yg dikesan : Merkuri

4. Dnars Nar Cream – Sensitif
Racun Berjadual yg dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

5. Ellfie Night Cream
Racun Berjadual yg dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

6. Moleek Day Cream
Racun Berjadual yg dikesan : Merkuri

7. NDZ UV Whitening
Racun Berjadual yg dikesan : Hydroquinone

8. Dnars Snow Cream Normal
Racun Berjadual yg dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

9. Tati Skincare Night Cream
Racun Berjadual yg dikesan : Merkuri.

10. Tati SkincareTreatment Cream
Racun Berjadual yg dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

11. Moleek Anti Pigment Cream
Racun Berjadual yg dikesan : Hydroquinone dan Tretinoin

Sebarang pertanyaan tentang produk kosmetik boleh diemel kpd kosmetik@npra.gov.my atau call  03-78835400. Anda juga boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dgn melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/.

Anda boleh rujuk senarai penuh produk kosmetik yg dikesan mengandungi radun berjadual bg tahun 2017 di npra.moh.gov.my.


Loading...

Tags: #Berbahaya #Dikesan #Kosmetik #Mengandungi #Produk #Racun #Yang

author
Author: 
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    KAKAK IPARKU MEMANG WINIrfan tak sabar menunggu
    Drama Awak Sayang Saya Tak Lakonan Alvin Chong, Emma Maembong
    Drama Awak Sayang Saya Tak Lakonan Alvin Chong, Emma Maembong
    Nantikan drama adaptasi novel Awak Suka Saya
    Festival Filem Malaysia 29 FFM29 ( 2017)
    Festival Filem Malaysia 29 FFM29 ( 2017)
    Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29)
    Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak
    Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak
    Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula

    Leave a reply "11 Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berbahaya"

    Must read×

    Top