10 Sebab Akaun Google Adsense Kena Banned

In Terkini 87 views

10 Sebab Akaun Google Adsense Kena Banned |Hari ini aku nak sentuh sedikit bab mengenai Google Adsense. Dah agak lama aku tak kongsikan mengenai info ini. Tergerak hati aku nak kongsikan tentang punca atau sebab akaun adsense anda dibanned. Ini antara pengalaman paling pahit bg sesiapa sahaja yg akaunnya telah disabled atau dibanned oleh Google Adsense. Bagi aku buat masa sekarang masih mengamalkan cara yg bersih bukannya “BLACKHAT” yg selalunya para publisher suka menggunakan taktik kotor itu.

10 Sebab Akaun Google Adsense Kena Banned
Google Adsense Banned

Bagi aku Google Adsense adalah lubuk menjana pendapatan yg paling orang minat dan sudah pasti anda mahu memiliki akaunnya. Setakat ini, Adsense adalah antara advertiser terbaik yg korang perlu mohon utk dapatkan akaun itu. Bukannya mudah korang nak dapatkan akaun adsense tersebut. Memakan masa berbulan-bulan juga utk mengetahui keputusan sama ada akaun adsense approved atau tak. Tapi jika diterima ini antara pengalaman paling manis para blogger atau website utk jana pendapatan yg lumayan hanya melalui Google Adsense. Bagi yg newbie (pemula) pasti tertanya-tanya apa itu Google Adsense?

Apa Google Adsense

Google Adsense adalah program Pay Per Click (PPC) yg paling popular yg digunakan dlm kalangan bisnes online, blogger dan website di seluruh dunia. Apa yg menariknya adalah anda dibayar dlm USD Dollar bukannya RM, Rupiah atau Dong. Dikatakan jika anda mendapat klik dr Kanada, Amerika Syarikat atau Jerman berkemungkinan satu klik sahaja sudah mencecah USD10. Anda boleh lihat sendiri bukti di sini yg saya pernah dapat.

10 Sebab Akaun Google Adsense Kena Banned
Buat Duit Dengan Google Adsense

Dengan mudah cerita Google Adsense adalah cara mudah dan cepat bg pemilik blog/website utk menghasilkan wang dr internet. Caranya anda hanya perlu memasang code iklan di laman web anda, dan hanya menunggu jika pengunjung yg datang melawat dan mengklik iklan anda automatik akan mendapat komisyen dr Google. Rasanya dah panjang lebar aku perincikan. Di bawah berikut 10 sebab akaun Adsense kena banned.

10 Sebab

1. Invalid Click / Impression

Masalah ini berlaku disebabkan dua sebab iaitu anda mengklik iklan laman web sendiri atau juga orang yg mengkhianati anda.

Dalam kes yg pertama ni, bg newbie blogger masih tak tahu atau beranggapan bahawa Google tak akan tahu jika anda klik Google Adsense sendiri utk dapat earning. Ini adalah tanggapan yg SALAH dan TIDAK WAJAR! Hal ini kerana Google mempunyai teknologi yg canggih akan melihat pattern cara klik yg diperolehi termasuk kekerapan klik itu berlaku dgn cara trace lokasi klik (IP dan geolocation) dan sumber trafik. Kalau tak percaya cuba korang klik iklan laman web sendiri, sudah pasti akan terus dibanned!

Untuk kes kedua ni, klik yg didapati drpada orang lain termasuklah klik boom adalah di luar kawalan anda. Untuk ini agak sukar utk dikawal kerana anda seharusnya tak reveal site kita yg mengandungi adsense kpd orang yg kita kurang percayai.

2. Mengubah Adsense Code

Ini adalah bahagian yg paling penting anda perlu tahu, di mana anda dilarang utk mengubah adsense code yg sedia ada. Anda dilarang utk edit code anda utk mendapatkan earning dgn cara yg salah. Jika Google didapati anda salah, automatik akan dikenakan banned.

3. Duplicate Konten atau CopyPaste!

Ini memang masalah utama bg para blogger. Saya pasti anda tak terlepas mengcopy ayat blog orang lain ke laman web anda. Sama ada 100% atau 50% sahaja kandungan anda salin ayat adalah SALAH! Hal ini kerana Google boleh dapat tahu sekiranya pemilik blog asal membuat aduan ada blog yg duplicate kandungan asal, automatik akaun adsense anda di banned. Oleh sebab itu, rata-rata blogger yg memasang DMCA PROTECTION utk mengenalpasti dan mengetahui blog yg mengcopy kandungan blog asal.

4. Content Violation

Terdapat beberapa jenis kategori dan kandungan, di mana akaun adsense korang akan dikenakan banned serta merta. Anda tak dibenarkan sama sekali memaparkan iklan adsense di laman web yg mengandungi ciri-ciri spt di bawah ;
● P0rn0grafi atau luc4h
● konten h4cking
● konten jual alk0h0l
● konten jual d4d4h
● konten jud1
● konten jual senj4ta api

Oleh itu, kandungan atau tajuk artikel anda sepatutnya dielakkan drpada penggunaan perkataan (mature content) sbg contoh ‘b0gel‘, ‘s3ks‘, ‘jim4k‘ dan banyak lagi. Jika tajuk artikel ada perkataan tersebut automatik akan dikenakan amaran dan lebih malang kena banned!

5. Jangan Pandai Menyuruh Rakan-rakan Anda Klik Iklan Laman Web Anda

Ini adalah satu kesalahan besar yg selalunya publisher adsense suka buat dgn menyuruh rakan anda klik iklan laman web. Anda rasa pihak adsense tak tahu cara yg korang gunakan. Mereka boleh trace klik yg datang dr lokasi yg sama walaupun IP yg berbeza. Di tambah pula sumber trafik yg meragukan penyebab akaun adsense anda akan dibanned.

6. Memasang Iklan Pop Up

Sebagai publisher, anda seharusnya elakkan drpada memasang iklan jenis pop up spt Popads, Propeller Ads, Mobicow dan banyak lagi. Iklan ini dianggap melanggar TOS Google Adsense kerana visitor terpaksa mengiklik iklan tersebut menyebabkan anda tak dibawa ke page yg anda ingin lihat.

7. “Auto-Generated” Blog

Bagi kes yg menggunakan software auto blog sememangnya Google Adsense tak teragak-agak utk banned akaun dia terus. Auto blog bermaksud mengcopy atau duplicate blog orang lain terus update ke blog pengcopy tersebut. Maknanya dia tak perlu bersusah payah tulis hanya tunggu ‘MANGSA’ blog yg dia copy direct auto post. Ini cara yg paling KEJAM dlm dunia blogging.

10 Sebab Akaun Google Adsense Kena Banned
Autoblogging Content

8. Tidak Mematuhi Webmaster Guidelines

Banyak sekali publisher yg mendapat penalti atau violation kerana tak mematuhi syarat dan kriteria peraturan Webmaster Guidelines. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraturan ini [KLIK SINI].

9. Mendorong Untuk Lakukan Klik

Inilah antara penyebab yg publisher tak perasan akaunnya telah dibanned. Anda dilarang sesekali utk mendorong orang utk lakukan klik contohnya “KLIK IKLAN INI”, “PLEASE CLICK HERE!” dan banyak lagi. Seharusnya anda hanya perlu tulis “SPONSOR BY” atau “GOOGLE ADS”. Ini sahaja perkataan yg korang boleh tulis!

10. Menggunakan Skrip Untuk Membuat Klik Pada Iklan

Ini antara kesalahan paling besar kerana menggunakan skrip utk membuat orang klik pd iklan. Maknanya, jika anda masuk ke blog laman web tersebut automatik pemilik blog itu akan mendapat earning tanpa memerlukan klik iklan.

Setakat itu saja perkongsian artikel ini mengenai sebab akaun adsense blog anda dibanned. Jika anda mematuhi segala maklumat yg saya kongsikan di atas ini, InshaAllah akaun anda terus selamat drpada dibanned dr Google. Bayangkan jika akaun anda dibanned. Bukan senang pula korang kena buat rayuan dan mungkin masa yg lama utk diterima semula. Lebih malang jika anda perlu dapatkan akaun adsense di website yg lain.

Diharapkan informasi ini dapat membuka mata anda bg publisher adsense utk tak mencuba utk melanggar peraturan Google Adsense yg telah ditetapkan. Apa yg saya kongsikan di atas ini adalah utk motivate diri sendiri juga. SAYANGILAH ADSENSE ANDA SEPERTI NYAWA ANDA!!!..Jika anda ada maklumat tambahan sila beri komen di bawah ini. Sapa2 sudi kongsikan info ini kpd rakan kenalan anda di Facebook, Telegram dan Whatsapp.

Tags: #Adsense #Akaun #Banned #Google #Kena #Sebab

author
Author: 
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Tajuk : Bini Muda Tarikh : 20

    Leave a reply "10 Sebab Akaun Google Adsense Kena Banned"

    Must read×

    Top