10 Fakta Tentang Senjata Kimia ‘VX Nerve Agent’ Yang Anda Perlu Ketahui

TAHUKAH anda bahan kimia yg dikenali sbg  ‘VX Nerve Agent’? Bahan kimia yg disenaraikan sbg senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997 didapati telah digunakan oleh dua orang wanita warga asing ke atas Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(KLIA2) pd 13 Februari lalu.

                         10 Fakta Tentang Senjata Kimia ‘VX Nerve Agent’ Yang Anda Perlu Ketahui
                       
Keputusan analisis awal yg dijalankan oleh Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia menunjukkan Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau ‘VX Nerve Agent’ ialah cecair yg telah disimbah dan ditekup pd muka lelaki Korea Utara yg merupakan abang kpd pemimpin Korea Utara itu.

Apa itu ‘VX Nerve Agent’? Persoalan itu timbul di minda saya apabila membaca perkhabaran di atas. Dah alang-alang itu saya kongsi info ini bersama anda.

Berikut ialah 10 fakta tentang senjata kimia ‘VX Nerve Agent’:

1. Huruf VX membawa maksud ‘venom’ yg terdiri drpada komponen sebatian yg berpotensi tinggi dan mempunyai ciri-ciri utk menembusi kulit.

2. ‘VX Nerve Agent’ dibuat oleh ahli kimia Ranaji Ghosh utk Imperial Chemical Industries di United Kingdom sekitar 1950-an.

3. VX berfungsi sbg senjata kimia peperangan – agen saraf yg boleh menyebabkan kematian walaupun hanya 10 miligram didedahkan pd kulit.

4. VX tampil dlm bentuk cecair berminyak yg berwarna cokelat kekuningan tetapi tak mempunyai bau dan rasa.

5. VX sukar dikesan di mana ia memerlukan dua sebatian yg boleh dicampurkan pd saat ia mahu digunakan ke atas mangsa.

6. VX paling bertoksik dlm kategori agen saraf dan boleh membunuh mangsa melalui campuran dlm makanan atau bekalan air atau digunakan terus ke atas kulit mangsa.

7. Mangsa boleh mati dlm masa 15 minit jika VX digunakan dlm bentuk gas dgn kekuatan 100 kali ganda berbanding gas sarin yg pernah digunakan dlm serangan stesen kereta api bawah tanah di Tokyo, Jepun pd 1995.

8. VX menyebabkan mangsa mengalami tanda-tanda spt cepat pengsan, sawan, kekejangan, lumpuh lembik dan apnea hingga enzim penting dlm tubuh berhenti bekerja kerana mangsa tak mampu lagi bernafas.

9. Jika mangsa didedahkan dgn dos kecil, ia menyebabkan ritma jantung meningkat, rasa lemas, penglihatan terganggu, rasa mual, dan cirit-birit.

10. Sehingga kini, mangsa yg terdedah dgn dos VX yg tinggi tak mampu hidup lama walaupun sudah ada penawar racun VX.

Sumber: THE GUARDIAN

Tags: #‘VX #Agent’ #Anda #Fakta #Ketahui #Kimia #Nerve #Perlu #Senjata #TENTANG #Yang

author
Author: 
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Tajuk : Bini Muda Tarikh : 20

    Leave a reply "10 Fakta Tentang Senjata Kimia ‘VX Nerve Agent’ Yang Anda Perlu Ketahui"

    Must read×

    Top